Ramai Manusia yang masih belum sedar dan hanyut dalam buaiyan mimpi yang lena ..
Manusia lebih memilih tidur di katil yang empuk , makanan yang mengenyangkan , dunia yg mempersonakan dan kehidupan yang menyenangkan ..
Saya teringat firman Allah s.w.t.
"Innal hayataddunya illa la3ibuw wa lahw"
maksudnya : Sesungguhnya kehidupan dunia tidak lain melainkan mainan dan senda gurauan
dalam ayat yg seterusnya
"Wal akhiratu khairuw wa abqa"
maksudnya : Dan akhirat itulah yang lebih baik dan kekal
Ayat al-quran merupakan ayat2 yang turunnya sebagai peringatan daripada Allah ..
Tuhan sekalian alam ..
Allah mengatakan bahawa
"Alquran ini Hudallil muttaqin "
dimana bermaksud alquran ini hnya memberi hidayah atau petunjuk bg orang-orang yg bertaqwa
"Innallazina kafaru sawa'un 'alaihim a'anzartahum amlam tunzirhum la yu3minun"
Orang-orang kafir(yg berpaling) itu sama sahaja sama ada kamu beri peringatan ataupun tidak , mereka tidak akan beriman ..
Terpulang kita mahu memilih untuk menjadi yang mana satu ...
................................................................................
Saya seringkali terfikir ,
bagaimana akan berakhirnya kehidupan suatu hari nanti ?
dan dari golongan manakah kita akan dihadapkan kepada Allah nanti ?
Apakah cukup amalan kita untuk memadamkan api neraka dan menghalang kita daripada azabNya ?
Melihat pada suasana hari ini ,
kita dapat melihatkan sendiri bahawa umat islam telah hilang gambaran dan konsep Islam yang jelas ..
Kita dan masyarakat begitu jauh daripada alQuran apatah lagi Hadis dan sirah Rasulullah dan para sahabat ..
Kuliyyah2 agama hanya dipenuhi dengan manusia yang ingin mengisi masa lapang , dan bukan lagi seperti para sahabat yg begitu dahaga akan ilmu untuk diamalkan ...
Ibadah , muammalat , dan kehidupan dijalani dengan membuta tuli tanpa panduan syariat ,
kita mula berpada-pada dengan amalan yang sedikit ,
yang haram di halalkan dan yang halal di haramkan ,
kemudian kita mula tidak peduli akan dosa-dosa kecil ,
Dosa-dosa besar pula dipandang ringan ,
Kita mula terbiasa dengan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan
Video seks disebarkan , di kawasan lapang mula berpelukan , arak diteguk tanpa perasaan bersalah , manusia di bunuh tanpa belas kasihan ..
Inilah "Fitnah" akhir zaman
Kita lebih bangga hidup "memungkiri Allah" daripada mengamalkan agama yang dianggap kolot,
Ahli-ahli ibadat menyorok didalam masjid yang ber air-cond
Ahli politik berfalsafah dan terus mencari peluang untuk meraih sokongan tanpa memikirkan nasib ummah yang dipenuhi fitnah , maksiat ,dosa , kekotoran dan kehinaan ..
Sang pemuda-pemudi pula sibuk mamadu kasih ..
"Tunggulah sehingga AZAB Allah tiba" - Na3uzubillahi min zalik ..
..........................................................
Satu pesanan drpd hadis(WA) yg tidak igt saya akan matannya ..
"Hiduplah dalam kehidupan yg keras , sesungguhnya nikmat Allah itu tidak kekal"
Banyak lagi saranan dan peringatan Allah dalam al-Quran ..
Dimana Allah mengingatkan kepada manusia bahawa mereka sangat mudah dipengaruhi dengan nafsu ,
Kadang-kadang kita sanggup lupakan solat untuk mengulangkaji matapelajaran (dengan hujah bahawa belajar juga merupakan ibadah),
Kita lebih selesa hidup sendiri dan beribadah daripada duduk dibawah tanzim (organisasi) untuk mengembalikan Islam supaya diamal dan difahami seluruh manusia seperti mana difahami generasi awal dahulu,
Kita lebih selesa untuk tidak menjaga tepi kain orang lain(menegur akan maksiat) daripada mengguris hati mereka dengan tujuan mereka
dan kita lebih suka untuk mengurung diri bersendirian dalam bilik dan sibuk dengan diri kita daripada membantu memudahkan manusia lain , mendengar permasalahan dan membantu meningkatkan iman antara satu sama lain ...
Dengan kerosakan-kerosakan seperti ini ,
Saya sekali lagi berfikir , apakah layak untuk kita hidup di syurga yang penuh dengan kenikmatan ?
Apakah kita hari ini berjaya melaksanakan Islam yang sempurna dari segi konsepnya (Islam yg Syumul) ?
Apakah mampu kita menjawab persoalan-persoalan yang bakal di tanya dialam kubur dan hari qiyamat nanti ?
Dan apakah Kita berani mengaku kita adalah hambanya yang Soleh ?
Tidak , dan TIDAK sama sekali ..
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita ....
Saya yakin ianya "Hanya Gerhana dan bukannya Terbenam"
sehinggalah hati-hati umat yang Soleh mampu dinyalakan dengan iman yg mekar
Sehingga mereka bangkit menyinari sekalian Alam
Dan ketika itu tercabutlah kemurkaan Allah drpd kita Umat Manusia Seluruhnya ..
Allahu Ghayatuna
-Islahmujahidin-
6 Ramadhan
No comments:
Post a Comment