Hidup ini sentiasa mencari-cari, semoga bertemu dengan pencarianmu itu...
Monday, July 30, 2012
Menangislah tp jangan terlalu lama ..
Hidup ini tidak selalunya mudah , tidak selalunya manis,
Kadang2 pahit , kadang2 pedih , mulalah muka masam mencuka ..
Itulah lumrah kehidupan ..
Manusia , bermacam2 ragamnya
Bermacam ujiannya ...
Ada yang sedih hanya disebabkan lauk ayamnya dikebas ahli rumahnya yang lain, ada pula yang sedih cuma kerana baju kegemarannya tidak sempat kering utk dipakai kekuliyyah , ada pula sesak nafasnya kerana keputusan peperiksaannya kurang jumlah "A" nya, ada juga seharian suntuk bermuhasabah kenapa tidak sempat bangun tahajjud pd malam sebelumnya, tidak kurang juga ada yang sedih bila lamarannya ditolak dan sebagainya ..
Mcm2 ragam manusia ..
Menangislah ,
Menyoroklah ,
Bersendirianlah ,
Melanconglah ,
Tulislah puisi 2 atau 3 mukasurat kemudian bakar,
Pergilah menung jauh ketepian pantai,
Makanlah sepuas-puasnya apa yg dimahukan ..
Tp semua itu jangan terlalu lama ,
Cepat2 sedar kembali , bahawa kehidupan dunia ini sangat singkat ,
Cukupkan ibadat, Tundukkan dahi rapat ke bumi ,
Bacalah ayat pedoman (alquran ) dan carilah jawapan secepat mungkin ..
Jangan masuka ke dunia yg gelap ,
Yang tiada jalan keluar ,
Meraba2 dalam kegelapan ..
Sehingga diri terseksa, jiwa merana m diri terpenjara ..
Ibadah entah kemana , perasaan tidak terjaga , nafsu amarah kekal berjaga ..
Inilah pesananku buat umat manusia ,
Agar iman tetap kekal didada ,
Pelepas dari seksa api neraka ..
Sesungguhnya aku amat menyayangi wahai umat manusia ,
Janganlah masuk dalam pintu gelap ini dan terpenjara selama-lamanya disana ..
Islahmujahidin
-10 Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment