Wednesday, September 19, 2012

Say NO to Syiah ...

Perkembangan penyebaran syiah adalah di tahap yg sangat membimbangkan kita di Malaysia..
Sempat saya lontarkan persoalan mengenai "syiah" kepada Ahli keluarga yg terdekat ,
kebanyakannya  hanya mengetahui syiah daripada khabar-khabar angin sahaja ..
Jauh sekali daripada hujah untuk mematahkan serangan-serangan syiah terhadap Islam itu sendiri ..

Jadi di sini insyaAllah, saya ingin mengongsikan fakta-fakta mengenai syiah dan mengapa ianya tidak layak utk disebarkan kepada Muslim walau dimana-manapun ..

1. Mengubah/menambah Rukun Islam untuk kepentingan mereka ..
Syiah menambah rukun "Wilayah" di dalam rukun Islam berbanding rukun yang sahih berdasarkan hadis iaitu 2 kalimah syahadah, solat , puasa , zakat dan haji ..



Menggunakan kelebihan bahasa arab dan belajar di luar negara (Iran) , dengan mudah  Syiah menutup mata dan mendapatkan kepercayaan masyarakat . (lihat Video di atas)
*akhirnya, mereka menggunakan kewajipan mencintai ahli Baut untuk meraih sokongan terhadap Syiah .

2. Mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan.

IMPAK BESAR :Dengan mengkafirkan Sahabat2 , akhirnya mereka akan mengkafirkan ahli Sunnah wal jamaah sedikit demi sedikit . Mereka akan kata , alQuran yg kita baca setiap hari adalah tidak benar, kerana diambil daripada sahabat2 yg bukan dalam kalangan ahli bait seperti Abu Bakar as-siddiq , Umar al-khatab , Uthman , Ibnu Mas'ud dan sebagainya (hanya beberapa orang dari kalangan sahabat yg diakui mereka demi kepentingan mereka).

3. Menghalalkan darah Sunni

Mullah Baqir Majlisi (dianggap penutup kepada Ulamak Hadis.. kira alim besar Syiah la ni) berkata : “Ketahuilah, ungkapan lafaz syirik dan kufur kepada orang yang tidak beritikad dengan keimaman Ali dan para imam dari anak cucunya a.s. dan kelebihan mereka mengatasi orang lain menunjukkan mereka itu kekal di dalam neraka.” (Bihar al-Anwar jilid 23 halaman 390)

Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal.” (al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307)

p/s - Syiah merupakan ajaran yang sangat berbahaya , Mereka mengaku bahawa mereka adalah ajaran yang paling benar . Ya, manusia mudah tertipu dengan pakaian , perlakuan zahir mereka , janggut , serban , niqab dan kata-kata mereka , tetapi sebenarnya ia adalah ciptaan dan bukanlah diwahyukan oleh Allah . 

Setakat ini dahulu yang saya mampu huraikan mengenai syiah pada masa ini bagi memudahkan pemahaman dan pembacaan orang ramai . Semoga Bermanfaat

Allahumma arina arinalhaqqa warzuknattibaah
Wa arina arinalbatila warzuknajtinabah..
Ameen ya rabbal alamin ...

-Islahmujahidin-
Sepetmber 2012


No comments: