akhirnya sampai juga masa yang ditunggu-tunggu ..
Hampir setahun kini tiba masanya ..
Tiada apa yang lebh bahagia bagi seseorang hamba,
melainkan pergi bertemu dengan Tuhannya
yang merezekikannya , menghidupkannya dan sentiasa bersamanya ketika senang dan susah
dan yang sentiasa mendengarkan pengaduan daripada hambanya ..
Di kesempatan ini,
saya memohon ribuan kemaafan dan keampunan daripada semua ,
Ada beberapa orang yang telah sempat saya berjumpa ataupun berutus e-mail
supaya hati saya lebih tenang dan dapat "bertemu dengan Allah dalam keadaan hati yang sejahtera"
"Atallahu bi qalbin salim" ..
InsyaAllah ,
semoga Allah menempatkan kita bersama dengan orang2 yang soleh
dan sepanjang perjalanan Umrah diberkati dan diterima ..
Sekiranya saya tidak kembali lagi ,
Doakanlah dan maafkanlah segala dosa saya ..
Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang sentiasa belajar memperbaiki diri
Dan Bantulah agama ini untuk berada di puncak yang tertinggi ,
Teruskan mencari manusia yang ikhlas , ajarkan mereka Al-Quran dan sirah2 rasul
sebagai bekalan untuk menegakkan agama ini dengan menggunakan aset-aset fitrah yang mereka ada
sehinggalah bertemu dengan Allah
"Allah meredhainya dan dia meredhaiNya"
Sekiranya saya kembali,
Doakan juga untuk saya menjadi seorang yang baru,
yang lebih tabah dan menjadi pejuang yang sentiasa ikhlas di jalan ini ..
Akhir sekali ,
sebagai penggalak untuk yang belum berniat atau belum berpeluang menunaikan umrah
ada satu hadith daripada Rasulullah s.a.w
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bertanya kepada seorang wanita dari Madinah: “Apa yang menghalang kamu dari mengerjakan Haji bersama kami?”
Wanita tersebut menjawab: “Kami mempunyai dua ekor unta. Suami dan anak saya menggunakan seekor dan seekor lagi untuk tunggangan ahli keluarga yang lain.
Rasulullah SAW kemudian memberitahu wanita tersebut: “Apabila bulan Ramadan tiba, pergilah mengerjakan ‘umrah, kerana ‘umrah di bulan ramadan adalah seperti mengerjakan Haji bersamaku(Rasulullah s.a.w).” [Sahih al-Bukhari (1764)]
Sekian sahaja kali ini..
Salam Perjuangan
Menuju ke madinah ~
21 Ramadhan
No comments:
Post a Comment