Sebenarnya ini merupakan satu persolan yang perlu dirasakan penting bagi setiap manusia yang bergelar "MUSLIM."
saya masih teringat akan kata-kata ustaz semasa masih di bangku sekolah dahulu mengenai kata-kata saiydina Ali(karamallahu wajhah) iaitu "Seseorang itu masih lagi berada dalam neraka jika mereka menyangka diri mereka boleh berada di syurga dengan amalan mereka (Huallahu a'lam).."
kata-kata ini sebenarnya sangat mendalam jika dihayati oleh mereka yang memikirkan..
jadi, marilah kita bersama-sama menghayati akan maksud kata-kata saiydina Ali ini...
MENGAPA SAIYDINA ALI BERKATA DEMIKIAN?
Allah s.w.t menjadikan Syurga dan Neraka atas kehendak-Nya sendiri. Dan dengan ini, maka ALLAH s.w.t bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang diinginiNya untuk masuk kedalam syurga-Nya. Kesimpulan yang boleh dibuat dari ayat ini adalah "Kita dimasukkan syurga bukan kerana kita mempunyai pahala yang banyak, bahkan tetapi kita dimasukkan dalam syurga ALLAH s.w.t atas keredaan-Nya..."
Saya teringat akan suatu kisah yang diceritakan oleh ustaz dan seringkali diulang oleh rakan-rakan dalam tazkirah-
"Didalam sebuah kampung, terdapat seorang ahlil abid(ahli ibadah) yang sgt kuat ibadahnya pada ALLAH s.w.t. Beliau beribadah setiap hari dan setiap ketika walaupun disekelilingnya adalah ahli maksiat yang senantiasa membuat kefasikan kepada ALLAH s.w.t.Tatkala malaikat diperintah untuk menurunkan bala kepada perkampungan tersebut, maka malaikat memohon supaya bala' tersebut ditangguhkan.ALLAH s.w.t dengan kekuasaanNYA menolak permohonan tersebut bahkan meminta malaikat mula timpakan bala'(azab dunia) pada ahlil abid tersebut"
-jika ingin diriwayatkan, memang terlalu banyak cerita berkenaan ahli Abid yang sangat kuat Ibadahnya pada ALLAH s.w.t tetapi akhirnya dimasukkan juga ke dalam neraka ALLAH s.w.t.Manakala, ada juga riwayat yang menceritakan bahawa seorang ahlil maksiat yang akhirnya bertaubat, kembali kepada ALLAH dan akhirnya dikurnai Syurga yg senantiasa diidam-idamkan oleh umat ISLAM.
Apa yang cuba saya ketengahkan dan tekankan ialah mencari keredaan ALLAH s.w.t. adalah sgt penting bagi setiap ummat ISLAM.
"Tiadanya redha ALLAH terhadap perbuatan seseorang itu, maka sia-sialah Amalannya"
DI MANA KITA?
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi ALLAH, Raja yang sebenarnya, tiada Tuhan selainNYA, TUHAN (yg mempunyai) Arasy yg Mulia"
Ingatlah wahai sahabat-sahabat, bahawa sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sangat sementara. Kita diciptakan dan diberi AMANAH oleh ALLAH s.w.t. dan setiap manusia itu tidak boleh lari daripada AMANAH tersebut iaitu :-
1. ABDI- "Dan aku tidak ciptakan manusia dan jin, melainkan untuk beribadat padaKU"
2. Dai'- Adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk berdakwah supaya ALLAH dan RasulNYA diletakkan paling utama dalam SETIAP hati manusia.
3. Khalifah - untuk menjadi pentadbir di Bumi ALLAH ini. Umat Islam perlulah menjadi pemimpin kepada dunia. Ingatlah kembali pada peristiwa isra' wal mikraj bahawa NABI MUHAMMAD menjadi Imam kepada NABI-NABI sebelumnya ketika solat di masjidil Aqsa (menunjukkan bahawa ummat Islam perlulah menjadi pemimpin kepada DUNIA ini)
MARILAH KITA !!!
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa dan memohon petunjuk daripada ALLAH s.w.t. agar dikurniakan taufik dan hidayahnya untuk sama-sama kita berhijrah kepada kebaikan. Moga-moga amalan kita, keluarga dan masyarakat kita semua diterima dan ditempatkan bersama-sama manusia yang Soleh kelak, iaitu tempat tinggal agung yg kekal selama-lamanya yakni di SYURGA ALLAH s.w.t.
wassalam
-islahmujahidin@gmail.com
No comments:
Post a Comment