Saturday, June 2, 2012

Tips Cemerlang dalam Peperiksaan ..

Assalamualaikum wbt..

Pertamanya sebelum memulakan tulisan ini , ingin saya tegaskan bahawa saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberi "Tips-tips Kecemerlangan"
Tetapi insyaAllah berdasarkan pengalaman yang cetek dan hasil pengumpulan pendapat-pendapat mereka yang lebih cemerlang akhirnya saya mulakan perkongsian yang tidak seberapa ini ..

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang ,
semuanya perlulah dimulakan dalam diri sendiri terlebih dahulu ..
Ianya bermula apabila seorang individu itu meletakkan target atau garisan capaian yang ingin dicapai ..
saya memetik salah satu tips didalam buku "THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE" - oleh Stephen R Covey " HABIT 2: BEGIN WITH THE END IN MIND "..

Target atau cita-cita merupakan penolak yang paling kuat untuk seseorang itu berjaya, cuba kita lihat bezanya seorang pelari pecut 100m dengan seorang yg berlari hanya sekadar saja-saja .. Sudah tentu pencapaiannya berbeza ..



Contoh kedua, Kita lihat kanak-kanak yang bercita-cita untuk menjadi "Superman atau Ultraman" , mereka akan  buat apa sahaja untuk memastikan mereka kelihatan seperti Ultraman , bermula daripada memakai topeng , suit(baju) ultraman , sehinggalah melompat dan memanjat , bahkan pernah suatu ketika dulu kita mendengar kes kanak-kanak mati terjun bangunan kerana mahu menjadi ultraman ..

Kesimpulannya, daripada keinginan akan lahirlah usaha dan perlakuan untuk mencapai keinginan tersebut . Sudah tentu orang yang mahu lulus sahaja dalam peperiksaan berbeza dengan orang yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan gred yang terbaik dalam peperiksaan .


Tips yg ke-dua,
kita perlulah memastikan berjaya dalam bidang yang kita dalami merupakan satu amanah dan tanggungjawab, Seorang pilot semestinya bertanggungjawab memastikan semua penumpangnya selamat tiba ke destinasi , seorang jurutera perlu bertanggungjawab untuk memastikan bangunan yang dibinanya cukup kukuh untuk didiami manusia dan seorang doktor pula semestinya perlu memastikan agar pesakitnya mendapatkan kualiti hidup yang terbaik (QOL - Quality of Life) .

Tanpa merasakan amanah, manusia tidak akan ada rasa bersungguh-sungguh ,
mungkin juga hanya bermain-main dalam melakukan sesuatu perkara,
kerana mereka tidak merasakan bahawa setiap amanah itu pasti akan disoal Allah di akhirat kelak .
Dan sudah pasti manusia tidak akan menggembleng semua potensi yang mereka ada untuk melakukan amanah tersebut (seperti : pelajar)



.: Nota Kaki : Ada orang kata "X semestinya orang yang cemerlang dalam peperiksaan itu adalah orang yang paling bijak" , 'Ada benarnya' ungkapan tersebut,
- tetapi bagi saya, secara peribadinya, orang seperti ini 'probability'nya adalah lebih sikit(orang yg cemerlang tetapi tidak bijak ) berbanding dengan orang yg tidak berusaha untuk cemerlang dalam peperiksaan(sudah tentunya pilihan yang tidak bijak)..

Tips ke-3
HATI YG CERAH ..
sering kali kita membaca doa penerang hati sebelum memulakan pembacaan " Rabbi syrahli sadri ..." mengapa?
Sudah tentunya ilmu yang bersih memerlukan tempat yang bersih iaitu didada manusia yang bersih..
Seperti kisah yang biasa kita dengarkan ,
Apabila imam Asy-syafi'e bertanya kepada gurunya , mengapa hafalannya kurang memuaskan ?
jawab gurunya , "lihatlah hatimu" ...



Disini dapat kita kaitkan ..
bahawa hati yang cerah itu adalah hati yang bersih dan tenang ,
dengan ketenangan , maka mudahlah untuk ilmu melekat ke dalam dada manusia..

Dengan ini bolehlah kita melazimi istighfar dan solat taubat atas segala kesalahan yang kita lakukan ..
Kerana setiap kejahatan yang kita lakukan akan menambah satu titik hitam dalam hati ..

Akhirnya untuk cara yang lebih praktikal ialah
Kita sendiri mencari method yang paling sesuai untuk kita secara peribadi ..
Mungkin ada yang sesuai belajar "pada waktu malam" , "sebelum subuh" , "di tepi pantai" mahupun "Study Group"
Semua semestinya mengikut kesesuaian masing2 kerana manusia masing-masing citarasanya tidak sama ..



Bg mereka yang mahu memulakan "Study Group"
Study group adalah satu bentuk cara belajar yang efektif
Walaupun tidak mempunyai study group sendiri
Namun saya yakin ianya amat membantu menyelesaikan kemalasan study

Saya cuba bertanya beberapa orang tentang "Study Group"
dan hampir kesemuanya mempunyai jawapan yang positif
dan kebanyakan mereka telah berjaya meningkatkan prestasi akademik mereka
sehingga sangat berjaya..

Antara ciri Study group yang efektif ialah :-
1. Mempunyai seorang ketua yang berwawasan tinggi dan bersemangat tinggi
2. Ahli group yang suportif

Antara kaedah yang boleh diguna-pakai pula :-
1. Setiap ahli group diberi tugasan membentangkan tajuk yang diberikan kepada mereka
2. Membincangkan soalan yang kerap ditanya di dalam lecture
3. Boleh juga setiap ahli group datang hanya untuk membaca dan menghuraikan point2 tambahan atau cara-cara mudah untuk menghafal
4. Kuiz

Akhir sekali adalah berkenaan "Masa"
yang paling penting berkenaan masa ialah "Tahu bagaimana menggunakan masa"
Sebagai contohnya , "Exam terdekat adalah pada minggu hadapan"
dan berapa topik yg belum habis diulang-kaji ?

Dengan perancangan yang berkesan , akhirnya kita mampu membahagikan masa mengikut keupayaan kita membaca dalam sesuatu waktu , sebelum bosan mula bertandang jika membaca terlalu banyak dalam satu-satu masa..

Contohnya , kita hanya membaca 40 halaman / hari ..berbanding menghabiskan 180 halaman / hari (study last minute)

Menjadi Muslim yang terbaik bukanlah bermaksud menjadi Muslim yang terbaik dalam ibadah tertentu sahaja seperti solat , puasa , zakat dsb.. Tetapi muslim yang terbaik adalah seseorang yang mampu melakukan yang terbaik dalam setiap aspek dalam kehidupan ..

Sekian sahaja .
-Mumtaz Untuk Ummah-

Jangan lupa baca doa =)


Saturday, May 26, 2012

Ikhlaskan Hati ..

Hati adalah seketul daging di dalam diri manusia ..
"Jika baik ianya , maka baiklah keseluruhannya pada manusia tersebut"


Ikhlaskanlah hati walau dalam apa jua keadaan ..
Kerana tanpa hati yg ikhlas ..
Amalan kita hanya menjadi debu-debu yang berterbangan
Dan tidak mampu membela kita di hari kemudian ..

Beramallah
dan Ikhlaslah ..
Semoga Allah sahaja membalasnya...

Tuesday, May 22, 2012

Islam yang mana satu yang kita fahami ?

Wanita A : Sekurang-kurangnya aku pakai tudung , bukan macam dia tu , harap je solat tapi tudung tak pernah nampak lekat kat kepala .

Wanita B : Sejahat-jahat aku pun , walaupun aku selalu keluar dengan pakwe aku , aku solat jugak tau ..

Wanita C : Hmm , dia tu harap je pakai tudung , solat , puasa , tapi akhlak sikit pun xde . Tengok aku ni , walaupun baju aku macam ni , hati aku baik tau ..



Celaru ~
itulah satu2 nya perkataan yang saya mampu ungkapkan buat umat akhir zaman kini ..
Semua manusia mahu bertaqlid bahawa dialah sebenar-benar muslim apabila mampu memenuhi sesuatu kriteria seorang muslim dengan baik ..

Hari ini manusia pening dan bingung .

Apakah Islam ini hanyalah Agama akhlak ?
Apakah Islam hanya menyuruh umatnya hanya beribadah ?
Apakah Islam ini sekadar perlu mengucap dan kita boleh berbuat apa sahaja menurut suka ?

Hari ini manusia bersolat , berpuasa , berzakat dan menunaikan haji ..
tetapi masih lagi jauh kelihatan daripadanya ciri-ciri seorang muslim ..

Ada disebutkan dalam Kitab "Khulukul Muslim" karangan Syeikh Mohd Ghazali
bahawa golongan ini beribadah hanya ikut2 seperti kanak-kanak yang mengikut sahaja perlakuan orang lain tanpa mengetahui apa yg diperlakukan ..
Begitulah kita hari ini sebenarnya , jauh daripada Ruh Islami ..

"Wa'bud rabbaka hatta ya'tiyakal yaqin" - surah al-hijr : ayat 99
dan sembahlah tuhanmu sehingga datang kepadamu keyakinan ...
Semoga suatu hari nanti golongan seperti ini , akan sampai kepadanya keyakinan (sekirannya benar2 ikhlas dalam perjalanan mencari imannya)

Perbincangan yang utama untuk saya utarakan kali ini bukanlah untuk menuding jari kepada sesiapa atas kelemahan mereka ,
Namun apa yang ingin menjadi titik perbincangan adalah betapa jauhnya dari Manual kehidupan kita iaitu "Al-quranul kareem" sehingga kita mampu memahami makna Islam dengan salah apatah lagi kita berbangga (seperti dialog tiga wanita diatas *tiada kena mengena dengan hidup ataupun yg sudah meninggal dunia)



Al-Quran diturunkan adalah untuk memberi panduan kepada manusia ,
Tentang tujuan hidup Mereka ?
Siapa Tuhan mereka ?
Bagaimana kedudukan mereka selepas meninggal dunia ?
Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka sebagai seorang Muslim ?
Ya, ia meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan...

Namun lihat hari ini ,
berapa orang dari kalangan kita yang mampu membaca alquran ?
daripada kalangan ini berapa orang pula yang mampu membaca al-quran dengan betul ?
daripada kalangan ini berapa orang pula yang mampu membacanya setiap hari ?
Seterusnya , berapa pula orang yang mampu membaca dan memahaminya ?
Daripada yang memahaminya , berapa pula orang yang mampu mengamalkannya ?
Seterusnya mengajarkannya , menghafaznya dan menjaganya didalam hati ?

Mari kita bermuhasabah kembali ..
ditahap manakah kita ?
betapa jauh kita daripada al-Quran ?
Sehingga kita sendiri terkadang terkeliru dan ragu-ragu dengan agama yang kita anuti bila berhadapan dengan puak Orientalis barat ..

"Al-Quran hudal lilmuttaqin " - Al-quran ini memberi petunjuk untuk orang yang bertaqwa

Saudaraku ,
hidup ini hanya sekali ,
Sekiranya kita mengabaikan hidup kita yang sekali ini ..
Tiada gantinya lagi ..

Oleh itu , marilah kita sama-sama tanamkan azam
untuk hidup bersama-sama quran
Jika dulu kita seorang yg membaca quran sambil lewa 
Kadang2 membacanya seperti bahasa Jerman (tanpa memahami maksudnya)
marilah kita jadikan jiwa kita menangkap setiap bait-bait Quran yang dipertuturkan ..
Kerana ianya merupakan kalam Sang Pencipta ,
yang menjadikan kita , yang mencukupkan kita dan yang bakal mengambil nyawa kita
dan yang mencampakkan kita sama ada di syurga mahupun neraka ..

Ayuh bangkitlah dari tempat dudukmu
Ambillah wudu' 
Dan mulakanlah bacaan al-Quranmu ..

-Islahmujahidin-

Saturday, May 19, 2012

Hari ini Aku ...

Hari demi hari telah berlalu ..
Hampir 4tahun 1/2 berada di bumi Mesir ..
Disebalik hiruk pikuk dan sibuknya bandar Iskandariah
dan sampah-sampah yg dibuang merata-rata tempat..
sebenarnya terdapat terlalu banyak permata yang telah berjaya diperoleh ..
Permata yang tiada bandingan harganya di dunia ini ..
Permata yang menyinari kehidupan dan hampir mengubah keseluruhan kehidupan ini ...

(Bersama rakan2 sekolah menengah)

Saya masih ingat lagi pengalaman di sekolah dahulu ,
di sebuah sekolah jauh didalam hutan
jauh daripada kesibukan kota
Dikelilingi dengan air terjun , tasik dan perkuburan ..
Ya, dunia kami hanya disitu ..
Dimana saya bersama-sama rakan2 berusaha bertungkus lumus menyelamatkan rakan2
yg hanyut atau mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi jahiliyyah ..

Hanya dengan berbekalkan semangat dan ilmu yg cetek
kami menghidupkan kembali surau yg semakin sunyi daripada ruhnya ,
Suasana sukan yang semakin mendekatkan pelajar kepada kemaksiatan
Menghidupkan kembali semangat cinta bumi Palestin dan sebagainya ...

(Mendenda pelajar akibat lewat ke program)

(Mengajar adik2 asas2 Islam)
Itu dulu ,
ya , itu dulu ...

Alhamdulillah ,
Allah memberi kami peluang seperti itu kepada kami suatu ketika itu ,
dan itulah yang menjadi bekalan sehingga hari ini ...

Hari ini ,
Bumi Mesir sekali lagi telah mencorakkan diri yg baru ,
Jika dahulu mizan(pertimbangan) kami adalah berdasarkan hangatnya sambutan kepada program-program yang dirancang oleh kami ..
tetapi hari ini mizan kami adalah berdasarkan bertapa dalamnya kefahaman yg mampu diperolehi daripada program-program kami ..

Jika dahulu , kami hanya memandang kepada sudut teknikal program
tetapi hari ini , kami memandang kepada sudut jiwa peserta , apakah berjaya kami menyentuhnya

Jika dahulu, muhasabah kami adalah berdasarkan pujian daripada peserta dan pihak sekolah
tetapi hari ini , muhsabah kami adalah apakah berjaya kami menterjemahkan keikhlasan dalam perbuatan kami..

Jika dahulu , kami hanya menghidupkan program
tetapi hari ini , kami menghidupkan kehidupan manusia...

(Inilah erti kebebasan sebenar apabila semua perasaan dan usaha hanya ditujukan buat yg maha Esa)


*sungguh kami mula memahami erti perkataan "Bebas" atau "Merdeka" apabila pergantungan kami bukanlah kepada manusia atau dunia lagi , tetapi pergantungan adalah kepada yg Maha Esa .. Dimana kami tidak terkongkong di dunia yg fana ini sahaja , tetapi jiwa kami terbang bebas ke alam tanpa sempadan ..

Dan begitulah kefahaman erti kebebasan oleh kami seperti mana perasaan Ustaz "Syed Qutb" semasa menulis fi zilalil quran di dalam sel besi penjara ...

Allah maha hebat dan maha kuasa ,
Hanya dialah yg benar ..

"Wallazina jahaduna fina lanahdiyannahum subulana" .. mungkin disebabkan cita-cita dan azam yang kuat suatu ketika dahulu , akhirnya Allah mengilahamkan hidayahnya kepada kami ..

"Minal mukminina rijalun sadaqu ma 'ahadallaha alaih" - Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya menjadi orang yg "membenarkan" apa yang dijanjikan Allah ..

Semoga Allah menguatkan kami menghadai ujiannya .. Semoga kami memperolehi ganjaran pahalanya "ajrun ghairu mamnun"

dan Semoga tulisan ini menjadi saksi di Hari Qiyamat nanti tentang kesyukuran-ku kepadanya



CurHat
-Islahmujahidin-
May 2012

Tuesday, May 1, 2012

Kisah Isteri As-Syahid Imam Hassan Al-Banna - Lathiifah


Isteri Penguat Perjuangan Suami
Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia memerlukan seorang muslimah yang kokoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah.
Tidak mudah menjadi istri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan dakwah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulai berdakwah dan kembali pulang di gelap malam. Bisa dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang bisa mengisi kekosongan-kekosong an yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.
Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekadar dakwah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekedar membangun rumah kardus. Imam syahid tengah dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah terwujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya.
Maka siapapun itu-pendampingnya- harus menyedari bahwa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan yang di emban oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu dan kuasa kapital disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan istrinya.
Maka bagi Lathifah As Suri menjadi istri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak geregap. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyadari bahwa ia harus siap jika sewaktu-waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta resiko yang bukan main-main. Penjara bahkan nyawa menjadi konsekuensi logis, yang sewaktu-waktu siap menyapanya.Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktivitas luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak heran jika ia menyadari betul tuntutan hidup menjadi istri seorang pendakwah. Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau tak jarang Imam Syahid berlaku sangat hati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari terkasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari-harinya hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah meminta lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang istri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah pencurahan konsentrasinya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya gamang adalah, ketika salah satu anak mereka sakit keras dan Imam Syahid harus tetap menjalankan jihadnya.
Sejak dini, Lathifah menanamkan wawasan keislaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan destruktif. Ketika Imam Syahid bolak-balik keluar penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen.Lathifah sangat menyadari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai istri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak2nya. Ia bahagia melihat anak-anaknya sukses dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya.Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada kesah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh mendiang suaminya. Ia tetap berlaku didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Karenanya, tak heran diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dikeluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah.. Sendirian, ia besarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keislamannya. Yang dimaksud dengan wawasan keislamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. LAthifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita seputar dunia Islam. Lathifah menyadari menyepelekan masalah ini akan memunculkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keislamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keislaman yang baik, seorang wanita akan menyadari betapa penting perannya terhadap keluarga dan masyarakat.”
Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya sukses meraih predikat formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, kini sebagai sekjen advokat di Mesir. Ia juga pernah duduk di parlimen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai dosen di Universitas Kairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai dosen kedoktoran anak di UniversitasAzhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya sosok Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya, tentu Sekadar info tambahan:Hasan Al Banna syahid diusianya yang masih muda, sekitar 40 -an. Setelah seberondong timah panas ditembakkan oleh musuh-musuh Islam di sebuah jalan di Kairo.Sebenarnya Hasan Al Banna masih boleh diselamatkan, tapi karena konspirasi politik para musuh Islam yang dipimpin oleh sang pengkhianat laknatullah Gamal Abden Naser, membuat tubuh Hasan Al Banna yang sedang sekarat dibiarkan tak berdaya, tanpa bantuan dari siapapun juga, termasuk doktor-doktor di Rumah Sakit.Akhirnya sang pendiri Ikhwanul Muslimun itu pun syahid menemui kekasih tercintanya, Rabbnya.Musuh- musuh Islam pun banyak yang tertawa dan berpesta dengan syahidnya sang Imam, tapi sesungguhnya Hasan Al Banna tidak pernah pergi meninggalkan pengikutnya. Allah terlalu mencintai hamba-Nya yang satu ini, sehingga memanggilnya terlebih dahulu.Hal yang memilukan adalah, meskipun Ikhwanul Muslimun mempunyai puluhan ribu pengikut, tapi tak seorangpun yang diizinkan untuk mensolati jenazah beliau, kecuali ayahnya yang sudah uzur, saudara perempuan dan istrinya.