PULANG KE KAMPUNG HALAMAN...
Setelah berada di kuantan selama kira-kira dua bulan, tibalah masanya untuk ku pulang ke kampung halaman. Perasaannya gembira idak terkata, memandangkan kami hanya dibenar untuk pulang hanya sekali dalam tempoh 2 bulan tersebut. Pengalaman selama menuntut ilmu di Kolej Shahputra, Kuantan sememangnya tidak dapat kulupakan, bukan kerana suasana kolej, tetapi pengalaman semasa menuntut ilmu disinilah telah menjadikan diri ini begitu cinta kepada bahasa al-quran (Bahasa Arab). Walaupun buat masa sekarang ku hanya mampu menuturkan beberapa ayat sahaja.
Tetapi, tidak mengapa, daku akan terus berusaha memantapkan bahasa arabku supaya mudah untuk membaca dan menterjemah kitab-kitab ulama'-ulama' terdahulu. "Allah mencampakkan hidayah kedalam diri manusia ialah dengan mencampakkan rasa cinta kepada ilmu dalam diri manusia." InsyaALLAH, daku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kunci kepada Iman ini.
PERJALANAN YANG SUNGGUH MEMENATKAN
Tamatnya majlis makan malam perpisahan menandakan bahawa kursus bahasa arab kami sebelum ke Mesir telah berakhir. Begitu penat rasanya menjayakan majlis ini. Kami sampai dirumah kira-kira jam 1 pg. Setelah puas berbual, kami melelapkan mata. Keluarga datang mengambilku kira-kira jam 4.00 ptg keesokan harinya. Tidak terus kembali ke rumah, kami sekeluarga singgah sebentar di Teluk Cempedak. Begitu indah sekali ciptaan ALLah, sungguh gembira melihatnya.Kami berehat sebentar di RnR Temerloh untuk solat dan makan. Rezeki dari ALLAH, dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sama perjalanan di perhentian ini. Kami meneruskan perjalanan kira-kira pukul 8.30 mlm.
BERTEMU DENGAN SAHABAT_SAHABAT PERJUANGAN
Pulang dari Bandar Kuantan, tidak terus ku pulang ke rumah. Ingin ku manfaatkan seboleh-bolehnya untuk bertemu dengan sahabat-sahabat dan kenalan di Gombak. Memang telah kami berjanji untuk bersama-sama berkumpul untuk qiyamullail pada malam 31 ogos yang lalu. Tatkala orang lain sibuk melaungkan "merdeka". Inilah merdeka bagi kami, membebaskan jiwa dari kekotoran.Walaupun pada mulanya, seramai kira-kira 7 orang ikhwah yang akan hadir, namun akhirnya hanya 4 orang sahaja (Hilmi,Syed Abu ,Hanif dan Khaled )yg hadir.Namun, perasaan ini sangat gembira dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat. Dan pada waktu itu baru ana mengetahui bahawa salah seorang ikhwah baru sahaja kehilangan nendanya "Inna lillahi wa inna lillahi raaji3un". Kami mulakan seperti biasa dengan berbual, bertanyakan khabar dan sebagainya. Sungguh Bersyukur kerana sahabat-sahabat, fikrahnya semakin hebat. Berkatakan tentang Islam seperti ustaz-ustaz.
Alhamdulillah. Akhirnya akibat tidak tahan kepenatan, kami pun tidur. Program diteruskan sehingga sarapan pagi. Dan pada waktu itu juga ku memutuskan untuk sekali lagi tidak terus pulang ke rumah. sebaliknya, menziarah sahabat yang berada di UIA Petaling Jaya.
UIA PETALING JAYA
Perjalanan kira-kira 1 jam. menaiki lrt dari Terminal Putra ke Pasar seni. Kemudian tukar, menaiki bas rapid KL U85 pula menuju ke UIA. Walaupun kami hanya sempat selama 3 minggu bersama di UIA. Tp, ukhuwahnya sangat berkesan, sehingga sekarang. Masih lagi merasakan rindu di UIA. Rindu dengan sahabat-sahabat dan rindu dengan suasana Islam di sana. Sesampainya disana daku disambut sebagai seorang tetamu yang istimewa. Bagai seorang yang baru pulang dari tempat yang jauh sahaja rasanya. sempat juga melepaskan mengantuk di katil sahabat. kira-kira 1/2 jam juga tertidur. Dapat juga akhirnya nikmat tidur di UIA. Kenangan di bilik suatu ketika dulu, memang tidak dapat dilupakan. Kami berkongsi wang untuk membeli perkakas-perkakas malah bahan makan dan minuman. Dipendekkan cerita, kami menyambung perbualan kami di kafeteria. Sungguh bertuah nasibku, memandangkan hari ini, hari terakhir sebelum masuknya bulan puasa, maknanya dapatlah daku melepaskan kerinduan pada AISKRIM DI AIKA CAFE tersebut. Memang terasa berat untuk pulang, setelah berjumpa dengan rakan-rakan. Tetapi inilah dia lumrah, setiap pertemuan, mesti ada perpisahan. Tetapi tidak mengapa, Daku yakin dan pasti bahawa "Pertemuan dan Perpisahan kerana ALLAH, Pasti ada ganjaran sebaliknya." Bukanlah kerana terlalu mengejarkan ganjaran, tetapi inilah ukhuwah. Innal muslimin Ikhwah, SEMOGA IKATAN PERSAHABATAN INI BERKEKALAN...
islahmujahidin@gmail.com
No comments:
Post a Comment