Friday, January 30, 2009

Bila Sepasang Mata Menjadi Hadiah...




Ingatkah dikau dimana di dalam sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah?
Kenapakah engkau mengikutku?
Aku tertarik dengan kecantikanmu
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu sesalan
bila bungkusan merah diterima ditangan

Muslimat,

Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
tetapi dengan menjaga peribadimu
Wahai muslimat
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
memaniskan muka
menghadiahkan senyuman
meramahkan bicara
kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelakiYang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki ini
Yang engkau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
yang boleh dibelek-belek dan dipilih-pilih

Benar
Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Illahi
dan keinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat
Begitulah jalanmu
Begitulah perjuanganmu
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskanlah suaramu
Seriuskanlah perwatakanmu
tampilkanlah ketegasanmu
Bila engkau di depan atau di belakang
Atau di kiri atau di kanan lelaki
Walau atas apa alasan sekalipun
ketuk keegoan mereka
Bangunkanlah mereka daripada mimpi
Jelaskanlah dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan adalah palsu
Bahawa di sini tiada kebahagian
hanya kehancuran

Muslimat
Inilah jalanmu
Lalu mungkin
Engkau akan melihat
Dikalangan remaja ini
Akan lahir Rijalaludin
Berjiwa pejuang
Sebagaimana lahirnya
Sebagaimana bangkitnya
Da'i bernama Hassan Al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah.

- Anonymous -

6 comments:

Anonymous said...

hebat kmu dgn puisi tu...hebt sgguh

Trini said...

bukan dye la yg buat. kan de tulis anonymous kat bwh tue.

tp ak musykil dgn satu line ni:

"ketuk keegoan mereka"

adkh bermksud klu kte bertegas dan mengeraskan suare dan seriuskan perwtkn, ego lelaki akn lenyap? n ego yg bgmne?

islahmujahidin said...

yup...alhamdulillah ...syukran Trini kerana menegur...

Mmg betul bkn ana yg tulis sajak ni..just "copy n paste" je..dgn niat agar sajak ni bolh menjadi iktibar untuk diri sendiri dan orang lain...

"ketuk keegoan mereka"
- Bkn maksud segala kegoan dalam diri lelaki ini akan lenyap..sebaliknya EGO lelaki "YG MERASAKAN DIRI MEREKA MAMPU MEMILIKI SEGALA-GALANYA" dengan mudah termasuklah wanita2...

Igtlah, suatu ketika Nabi MUHAMMAD S.a.w. pernah mengangkat martabat wanita...hargailah ianya...

sekali lg syukran ala kulli hal..jazakallahu khairan kathiran


sekian
-islahmujahidin, 1/feb/2009-
-

Trini said...
This comment has been removed by the author.
Trini said...

owh..da phm ketuk keegoan mrke. thanx.

tp, lpstu kte rse lelaki yg mcm baek2 je kot yg akn rse dye xmampu miliki segalanye lalu ego mrke jatuh lantas tunduk ke bumi dan berase mlu lalu bertaubat etc2 in cse lau pmpuan yg dye nk wat kering je kat dye. tp lelaki bese2...dye chop pmpuan tu kerek so bule blah! n melaknat caki maki pmpuan tu plak.

islahmujahidin said...

itulah bukti lelaki ada egonya yg sendiri...
Ok, ana faham maksud lelaki yg bese2 tu..hmm, kene ingat, lelaki akan lemah dengan kelembutan wanita bukan dengan kekerasan...

Dan lagi suatu point yg penting yg kene igt tentang keegoan lelaki "Perkara yg mudah diperolehi oleh seseorang lelaki amat mudah untuk dia lupakan dan buangkan"

harap2 boleh faham dengan 'phrase' tersebut insyaALLAH

wslm wbt