Tuesday, April 27, 2010

- MALAM ASPIRASI IMPIAN 2010 -



Seperti yang diterangkan dalam lecture Hall anda semua pada siang tadi...
sekali lagi ingin menerangkan serba sedikit mengenai pelaksanaan " Program ini "

Program ini tidak lain dan tidak bukan hanya sekadar mengadakan
"Pertemuan Besar-besaran" buat kali pertama sepanjang Dua tahun kita berada
di Bumi Mesir yg Berdebu ini...

Tujuan utamanya :-
1 ) Mengumpul dan merapatkan ukhuwah sesama ahli batch

2 ) Bermesyuarat & menyatakan masalah2 sem2 lepas seperti
(study leave yg terlalu singkat @ study gap yg terlalu pendek @ soalan yg ditanya diluar pembelajaran dan sebagainya...)

3 ) Penambahbaikan Pengurusan seperti (memastikan supaya jadual exam tamat awal dan sebagainya..)


4 ) Membincangkan program2 yang boleh dirangka supaya "Batch ini" terus lebih cemerlang dan lebih maju...

(seperti menghasilkan baju batch dsb...)

5 ) Memberi penghargaan kepada individu2 dan section2 yg berjaya pada sem lepas


6 ) Makan2


7 ) Tangkap gambar Batch (siapa xde rugi laa....)


8 ) Meraikan kejayaan yg telah kita kecapi sebelum2 ini =)



Pelaksanaan Program :-

- Program ini dijalankan secara semi-formal dan pakaian adalah bebas
  (tetapi lebih nice jika ada pakaian tema setiap Section =D hmm..nice jugak mcm ni..ikut kebijaksanaan ketua2    section dan ahli section masing2)

- Makanan "basic" akan disediakan (syukran wa jazakallah kepada sumbangan sahabat kita...) dan ketua section juga akan memberi tugasan kepada anak2 buah untuk membawa jenis2 makanan tambahan seperti :-
 
--> Minuman (minuman bergas/kordial/jus/air mineral dsb..) *ikut ketua section cara pembahagian
--> Buah-buahan (epal/oren/kantalub/pisang/durian/cempedak dsb)
--> Keropok-keropok (Doritos/keropok ikan/keropok lekor)
--> Desert (puding/agar-agar/rus billaban....)
--> makanan lain spt - pizza / kek / pape je la ( kalau nak bawak la..)

* Semua ini akan dipertanggungjawab kepada ketua section utk membahagikan tugasan (x semestinya apa yg ada pada contoh2 diatas sahaja)

..........................................................................................................................................................................................................................................

Jadi sebagaikan kesimpulannya..

- Semua diminta datang awal supaya makanan-makanan anda tidak dikebas oleh orang lain..
- Kalau ada sesiapa yg masih lagi mahu menyumbang untuk program ini..peluang masih lg dibuka..
- Pkat mai ramai-ramai tidak kira repeaters / carrier atau sesiapa sahaja yg merasakan dia masih dalam batch ini..

* Target kehadiran  = 100 %
** Jadikan malam ini "satu dalam seribu" dalam hidup anda
***Sokonglah ahli-ahli section anda =)

akhir sekali...
jutaan Terima kasih kami ucapkan kepada
-AJK Pelaksana MAI
- UPP PERUBATAN (menyediakan tempat dan facilities yg akan digunakan)
- Para Penyumbang yg dermawan
- Dan semua ahli batch yg akan datang pada malam rabu nanti ;)

SEKIAN  SAHAJA dari unit pengiklanan...


sebarang kemusykilan , soalan , cadangan ..boleh la   [ TEKAN DISINI ]



" Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti. "                                                                                                   
                                                                                                                     ( surah al-hasyr - ayat 14)

4 comments:

hanif hafiz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
islahmujahidin said...

comment anda di delete kerana ada possibility menjadi kontroversi..haha

naqiuddin said...

ley ya am

anwar azhari said...

haiyya.. komen abu pn kene buang?
x leh jd nih..