Friday, December 18, 2009

Sekarang Baru ku Mengerti...

1muharram/18 Dec 2009 - "Kairaat bin Mohd Suhail" selamat lahir ke dunia

Sejak bangku sekolah lagi ana amak mengagumi Asy-syahid Imam Hassan al-Banna. Kadang2 kekaguman ana terhadap beliau membuatkan sahabat2 ana sendiri memanggil ana "Syahmi Hassan Banna" . Walaupun kata2 itu hanya seperti kata2 utk mengenakan ana, tp ana pegang ianya sebagai cabaran utk sampai ketahap itu. "ya, insyaALLAH suatu hari nanti".

Dan kemunculan asy-syaheed dalam impian ana akhirnyalah yang akhirnya memimpin ana untuk meneruskan perjalanan hidup ana ke Negara yg telah tertumpah darahnya ini. Syukur Alhamdulillah Allah memudahkan...

Ana mengagumi asy-syaheed lebih awal daripada mengetahui jalan2 yg telah dirancangnya (atau maratib amal). Ya, mungkin salah ana kerana begitu. Alhamdulillah kerana akhirnya ana faham dan Allah meletakkan ana dalam biah solehah dan akhirnya sedikit demi sedikit ana lebih memahami jalan ini.

TAJUK-TAJUK RUKUN AMAL 7
  1. Peribadi Islam
  2. Keluarga Islam
  3. Masyarakat Islam
  4. Kerajaan Islam
  5. Negara Islam
  6. Khilafah Islam
  7. Memimpin Alam
sumber : www.inijalanku.wordpress.com


walaupun pada mulanya ana kurang faham dan kurang yakin dengan jalan2 ini. Tp ya, inilah jalan ana dan kini ana yakin dengan jalan ini. Jalan dimana, kita membina muslim secara keseluruhannya dan akhirnya menuju kepada Ustaziyatul Alam yg pernah kita ada pada suatu masa dahulu. Bacalah lebih banyak buku dan bacalah sirah Rasulullah dan inilah sebenarnya yg pernah dibinanya dan bukanlah rekaan al-ustaz Hassan Al-banna semata-mata.



Tahniah diucapkan kepada akh Suhail kerana telah menuju jalan yg seterusnya
iaitu menuju kepada yg ke-3 masyarakat Islam
semoga dipermudahkan
dan selamat menjadi seorang Ayah yg berjaya
"seperti Baginda Rasulullah s.a.w"
amiin

wallahu a'lam

3 comments:

hanif hafiz said...

kamu bila lagi

YM : hafiz_rijalullah said...

mabruk buat ust suhail....kamu bila lagi...hahaha

islahmujahidin said...

ish2..
pantang betul post bab2 gini..
sempurnakan fard muslim dulu
solat jemaah , quran , subuh jemaah semua jgn tinggal..
bila dah mampu pimpin diri sendiri baru mampu pimpin orang lain
hehe =P