Friday, March 26, 2010

Menabung Amalan Murni ...

Bismillahirrahmanirrahim..

insyaAllah dikesempatan waktu yg diberikan Allah ini
Kita akan bersama-sama berbincang tentang amalan menabung..
Sepatutnya tajuk ini dibincangkan dalam tazkirah di dewan kuliyyah..

Tetapi mungkin kerana masa dan Allah sendiri tidak mengizinkannya
maka kita hanya perlu redha dan bersyukur kepadaNya
Jadi..
Apakah yg dimaksudkan dengan menabung itu ?
Apakah penting menabung itu ?
Dan bagaimana kita melakukannya ?



Menabung boleh disama ertikan dengan menyimpan harta atau benda
seperti wang supaya boleh digunakan pada masa hadapan..

Contohnya
- Ada sesetengah orang menyimpan duit untuk membeli tiket pulang ke Malaysia
- Ada pula yg menyimpan duit untuk melancong ke sana sini
-Ada juga yg mahu membeli motor dsb..
-Dan ada juga yg mahu Menunaikan haji dan Umrah

* Semua ini memerlukan tabungan atau simpanan wang ... Bukan begitu ?

Apakah penting menabung ini ?

Ya, sudah tentu ... kerana tanpa tabungan
mungkin apabila terjadi sesuatu kecemasan
seperti untuk membayar "Fees for Medical Service"
mungkin jika terjadi sesuatu kemalangan atau apa2 sekalipun...

Bagaimana pula untuk menabung ?
- Bukan bermaksud perlu mengikat perut dan berpuasa sepanjang masa
- Bukan juga kedekut untuk mengeluarkan duit dari Bank semata-mata mahu melihat angka-angka itu meningkat dan meningkat..tanpa mahu mengeluarkan untuk keperluan harian
- Tetapi cukuplah dengan berpada-pada dengan berbelanja tanpa membazir dan menggunakannya untuk perkara yg tidak berfaedah...(Shopping benda2 yg sudah ada dan bukan utk digunakan)

sesuai seperti ayat :
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.
(surah al-furqaan ayat 67)

Yang LEBIH PENTING dan Kita SELALU TERLUPA
- Dibesarkan di zaman teknologi yg canggih ini, semua manusia berebut-rebut untuk mengejar kekayaan dan manusia seronok apabila dipuji dengan jumlah kereta yg banyak , besarnya rumah , perkakasan rumah yg mewah dan orang gaji yg banyak dan rajin...(faedah menabung katanya)
- Kita terlupa ? apakah yg kita terlupa ?



Sebenarnya kita terlupa dan sering dilupakan tentang tabungan akhirat...
- Kita terlupa bahawa disebalik rezeki yg Allah s.w.t kurniakan itu, sepatutnya ada bahagian yg perlu dimasukkan ke tabungan akhirat
-Seperti yg kita nyatakan sebelum tadi, menabung adalah untuk ? tidak lain dan tidak bukan untuk keperluan masa hadapan...
- Bayangkan, jika tiada tabungan ini , Di AKHIRAT nantu "bagaimana kita mahu makan ketika lapar", "Ketika Panas bagaimana kita mahu membayar bil air-cond yg sgt mahal disana nanti", dan bagaimana pula untuk "membayar yuran taman Permainan yg dipenuhi bidadari-bidadari yg bermata leli (indah seperti mutiara) ? "



Kita tamak , kedekut, bakhil lagi bodoh
sekirannya kita memikirkan bahawa wang yg dikurniakan Allah ini adalah atas usaha kita
dan orang lain tiada Haq keatasnya..
Biarlah kita infaqkan sedikit sekalipun, asalkan niat kita Ikhlas kerana Allah..
Dan jika belum mampu ikhlas ... Buat2 ikhlas ataupun pura-pura ikhlas...
insyaAllah, ikhlas itu menyusul kemudian...


Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan  hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.

(surah al-baqarah ayat 265)



Jadi kesimpulannya untuk hari ini...
Marilah sama-sama kita menabung
letakkanlah sedikit peratusan harta kita
untuk tabungan Dunia, Tabungan akhirat dan Tabungan Jihad di Jalan Allah..

sekian sahaja pada kali ini..

Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (surah al-baqarah-ayat 271)



Yg mencari
-islahmujahidin-



2 comments:

Khairi Malik said...

Aku simpan duit untuk survive!
Haha...

islahmujahidin said...

Hehe..
bagus2 simpan duit untuk ....