Monday, April 19, 2010

The Power Of Ikhlas


Ikhlas itu kekuatan,
Dengan kekuatan Ikhlas inilah 2/3 Dunia mampu ditawan..
Kekuatan yang lebih besar daripada senjata-senjata lawan..
Kekuatan yg mengalahkan segala kelebihan
Sama ada bilangan atau kemodenan...

Mahu tidak mahu
Ikhlas ini perlu dibina dan dididik
di dalam diri
biar pun berapa lama masa perlu diambil
Tetap kita perlu pelajari...

" Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu..
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, "

(Surah al-mulk ayat 1 & 2)

Benar , kekuatan ini sukar dibina
Begitu banyak cabaran-cabaran dan batu-batuan
yg cuba menghalang perjalanan menuju kekuatan ini..
Ya , manusia saling memerlukan antara satu sama lain..
Perlu saling ingat mengingati...

Inilah ujian manusia yang sebenarnya..
Sama ada amalan banyaknya
dan masa yg dikorbankan
Sifar, "0" atau kosong disisi Allah..
ataupun nilainya mampu digantikan dengan Syurga sahaja...

Dan dengan kekuatan inilah..
Yang Membezakan..

Antara Pemimpin terbaik dengan "Sebaik-baik pemimpin"
Pekerja terbaik dengan "Sebaik-baik pekerja"
Ahli ibadah terbaik dengan "Sebaik-baik 'abid "
Dan diri kita yang terbaik dengan "Sebaik-baik diri kita"

wallahu a'lam
-islahmujahidin-

p/s - Biarpun betapa buruk diri kita pada pandangan manusia atau pandangan diri kita sendiri , tetap jangan berputus asa...Berdoalah untuk hidayahnya..Yang Ni3matnya tidak mampu diberi sesiapa..sekalipun terpaksa menggadai seluruh dunia...

Istiqamah dalam Keikhlasan
1. Betulkan niat didalam hati dengan tekad yg jelas

2. Mengajak orang lain bersama-sama dalam melakukan kebaikan ..eg- Tazkirah @ Peringatan
(Tiada manusia yg sempurna, dan jangan takut untuk mengajak orang lain bersama-sama kita , walaupun kita berhadapan dgn orang-orang yg hebat..Kerana orang-orang yg hebat itulah sepatutnya lebih banyak perlu diberi peringatan)..

3.Kita sendiri berazam dan melakukannya (Kebaikan).. Perlu mendahului orang lain dalam ibadah yg telah kita perkatakan @ ajakkan @ beri peringatan ..

No comments: