Tuesday, March 15, 2011

Bersolatlah dimana-mana kita berada

Bismillahirrahmanirrahim ...
Terasa kerdil diri ini untuk menulis ..
dan seolah-olah tidak mampu lagi jari-jari kurniaan ALLAH ini
memahat ilmu di ruang ini ..
Lantaran ilmu yg hanya setitis dibanding dengan selautan ilmu yg ada

Kepada semua pembaca ,
saya memohon maaf jika entry kali ini cukup banyak kekurangan
saya sedari , bukanlah diri ini seorang ulama' yg hebat
cuma sebagai Dai'e yg kerdil
saya gagahi jua untuk menulis diruang ini ...
semoga bermanfaat


Khalifatul ardh - amanahMU kupikul

Disini saya fokuskan tulisan ini
buat mujahid/mujahidah yg bakal pulang semua ke Mesir
insyaALLAH ana cuba memudahkan ayat2 supaya mudah difahami
apatah lg kita amalkan bersama

Sedih hati ini sebenarnya
apabila saya sendiri melihat saudara2 seislam
yg mampu meninggalkan " Perkara yg pertama bakal disoal di Akhirat " nanti
lebih sedih lagi apabila melihat harapan ummat Islam sendiri yg tidak mengindahkannya
maka bertambah lagi garis luka di hati ini ...

mari sama2 renungi hadis ini


Solat adalah tiang agama. Sabda Rasulullah SA W.
“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya bermakna dia telah mendirikan agamanya. Barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”

Amalan yang pertama akan dihisab di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. :
“ Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan keatas seorang hamba di akhirat nanti ialah solat. Jika baik solat, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika rosak solat maka rosaklah segala amalan yang lain”

Saudara seislam harapan Ummah , inilah menunjukkan betapa pentingnya kedudukan Solat itu sendiri ...

Beberapa kali pulang ke Malaysia , dengan kenderaan terbang bersayap di angkasa
dan beberapa kali itu jugalah mata ini
ya , mungkin juga mata ini menipu melihat penumpangnya diperut burung besi ini
endah tidak endah dengan suruhan ini ..
Suruhan Ilahi .. yg tiada suruhan sepenting ini
yg mengatasi suruhan segala makhluk ...
Tunjukkan saya satu suruhan yg lebih penting dari suruhan ini !!!
- Tiada -

Saudara/ri ku di jalan ALLAH ..
begitu beratkah suruhan ini ?
Adakah menyalahi fitrah/kekuatan manusia ?
apakah yg perlu diangkat itu gunung ?
atau berenang terus ke dasar laut mencari permata2 dan dipersembahkan kepada rabb ?
-Tidak-
sekali lg tidak..hanya takbir yg perlu diangkat...


bersolatlah di mana-mana sahaja kita berada...

 Meninggalkan solat akan mebawa kepada kekufuran. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah melakukan perbuatan kufur
yang nyata dan jelas ‘

Mengambil 2buah hadis sebagai rujukan ...

Diriwayatkan daripada Jabir r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).”
(Al-Bukhari)
Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a. Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :”Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam. 
Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran.

* Mengikut pengalaman saya selama ini .. Pihak pengurusan syarikat kapal terbang juga ada menyediakan ruangan untuk bersolat, terutama MAS .. syarikat penerbangan lain juga tidak pernah menghalang penumpangnya bersolat .. dan tidak pernah ada masalah untuk bersolat di atas kapal terbang setakat ini ..melainkan dua masalah iaitu "Iman dan Taqwa"
jika ada , marilah kita sama2 memohon hidayah ALLAH untuk memandu diri kita kejalan yg diredainya .. kerana kitalah yg memerlukan ALLAH setiap masa .. 
"Kitalah yg memerlukan ALLAH , manakala ALLAH tidak memerlukan kita . Kerana milik ALLAH segala yg dilangit dan diBumi . mengapa manusia itu sombong ?"
Dibawah langitMU ku Bersujud - sujud yg Merdeka

Setakat ini sahajalah post untuk kali ini..
memohon maaf atas keterlewatan dan kelemahan tulisan ini
ya ALLAH , hadiahkanlah hidayahMU kepada kami..sesungguhnya kami berhajatkannya ..
setiap masa dan ketika

insan yg lemah disisiNYA
-islahmujahidin-


2 comments:

Anonymous said...

aku solat hormat waktu camustad nazrul nasir ajar tu..tak salah kan?

islahmujahidin said...

To anonymous -

Anta kene tgk condition yg dibenarkan oleh imam syafie dalam keadaan mana kita boleh solat hormat waktu ...

tak silap ana
"Dalam keadaan perang dimana kita perlu meniarap dan x boleh angkat kepala langsung"

dalam keadaan darurat mcm mtu boleh insyaALLAH kita solat hormat waktu ...

x salah ana ,
dalam kapal terbang x begitu mendesak dan darurat sehingga kita tak mampu sembahyang...

macam mana waktu sakit, kita ada rukhsah ...

dalam kapal terbang anta boleh solat berdiri ..ada tempat disediakan..insyaALLAH setakat ni semuaflight yg ana naik ada, kecuali airasia...

kita tengok ya ,
semasa sahabat berperang..
Mereka ada yg bersolat atas kapal laut, sekalipun dah sampai di daratan...
itu bermaksud kita boleh bersolat atas kenderaan..

boleh juga rujuk hadis yg lain..
wallahu a'lam ..

ikhlaskan niat, dan solatlah semata-mata kerana ALLAH , akan lahirlah ketenangan .. = )