Wednesday, May 4, 2011

Ehlam Ma'aya

Syukur Kepada ALLAH kerana masih diberikan peluang untuk beramal ~

Terfikir akan apakah tajuk yang sepatutnya diberikan untuk entry ini ?
Akhirnya ,tajuk kita pada kali ini  "Ehlam Ma'aya (Bermimpi bersamaku) "

Sememangnya salah satu daripada sifat manusia itu ar-raja' (pengharapan),
tapi saya tidak pasti sama ada bertepatan dengan perbincangan kita pada kali ini ataupun tidak (masih merangkak berbahasa arab). 



Sememangnya juga hampir 80% pelajar sebelum sampai ke Mesir mempunyai target-target tertentu, dan sememangnya target2 itu sungguh besar sehingga mampu menjadikan diri seseorang itu hebat. Walaupun berbeza agendanya , tetapi tujuan tetap sama iaitu menjadi seorang yg hebat di mata masyarakat . (seorang pemimpin , seorang doktor yang hebat, seorang ayah yg hebat , seorang yang ......)

Setelah berfikir panjang dan berbincang , kita kena memastikan mimpi2 ini menjadi kenyataan .Dan hal ini tidak sekali tidak, tidak akan mampu menjadi realiti tanpa perjalanan yang dirancang . Dan tidak mampu dicapai tanpa adanya jalan-jalan dan peluang untuk mencapainya. 

Memandangkan tugas2 SR dan ketua Batch yang berat (syukran atas segala kerja2 antum). Saya telah mencadangkan untuk melancarkan strategi dan susunan-susunan perjalanan supaya akhirnya sahabat-sahabat khususnya tahun tiga mampu menjadi seperti apa yg diimpikan. Dan sememangnya dan memang sepatutnya ia perlu memalui jalan syarak dan melalui fikrah Islamiah tanpa menyeleweng dan "hentam keromo".

(Bukan hanya ijazah yg hebat kita citakan , tetapi kita citakan Muslim mampu memberi peranan kepada Masyarakat)

InsyaAllah agenda-agenda ini akan dijalankan sedikit masa lagi. memandangkan masa yang tinggal hanya lebih kurang 3tahun lagi utk berada di Mesir. Dan insyaAllah perancangan-perancangan strategik akan mula dijalankan dan akan dilaksanakan sebaik mungkin . Seterusnya , cadangan2 akan diambil kira.

Sebagai tamabahan dari saya , bahawa agenda ini adalah daripada segi penyusunan , nizom dan peluang . Perancangan-perancangan akan dijalankan dan hanya yang bersungguh-sungguh mengambil peluang ini dengan sebaiknya yang akan mampu pergi lebih jauh .

Ana akan membantu dan sentiasa bersama insyaALLAH ~ Setakat mana yang mampu dipandu , ana akan pandu dengan sebaiknya...

Sekian sahaja buat kali ini ..
Nantikan , Ehlam Ma'aya ~


3 comments:

Anonymous said...

ape perancangannya..x tulis pun..

islahmujahidin said...

Sa ta3lamun

tulip solehah said...

boleh explain sikit tak? tak clear sgt..