Monday, April 2, 2012

Islamkah kita Hari ini ? ..

Alhamdulillah ..
Kerana pada hari ini masih lagi diberikan peluang dan ruang kepada kita
untuk tunduk sujud dan patuh kepada yg maha Esa ..

Moga-moga amalan kita pada hari ini mendapatkan bahagiannya di akhirat kelak ..
insyaAllah ..

Terdetik hati pada hari ini ..
untuk ke profil seseorang yg cuba membawa pemikiran baru dikalangan mahasiswa di malaysia ..
Kerana insyaAllah mengambil berat akan perihal muslim adalah salah satu tanggungjawab kita dihari ini ..


Melihat keadaan Malaysia ..
Berbagai-bagai kerisauan timbul di hati saya  ..
Bagaimana untuk ahli keluarga saya yg berada disana mampu bebas dari arus liberalisasi yg bergerak deras di Malaysia ..

Semoga Allah melindungi ahli keluarga , sahabat handai , dan saudara-saudara kita disana ..

Mahupun begitu ..
Suatu fitrah yg telah terpasak dan tertanam jauh di hati umat Islam di Malaysia 
tetap mahu mempertahankan maruah dan izzah sebagai muslim merupakan suatu rahmat dan tanda kasih sayangNya kepada kita ..

dalam satu post yg lain pula ...


Inilah rahmat yg sangat tinggi nilainya walaupun tidak kita sedari ..
Fitrah yg perlu digerakkan sehingga kita benar-benar berjaya
mempertahankan maruah diri dan agama ...
Sehingga "Islam itu Berdiri yg paling tertinggi , dan tiada yg lebih tinggi daripadanya " 

Fitrah yg Perlu Digerakkan ...

Hari ini apabila bercerita tentang Islam ..
semua akan berkeras dan meninggikan suaranya, sensitif ..

Alhamdulillah ..
itulah "fitrah yg perlu digerakkan" oleh sekalian Muslim

Melihat perkara yg berlaku (sepanjang pemerhatian saya yg singkat)
dan berdasarkan pembacaan saya yang terhad ..

Kelemahan Umat Islam hari ini pada tahap asasnya ialah "Gagal memahami Islam yg sebenarnya .."
Ada yang menganggap "Cukuplah Islam sekadar menjaga akhlak kita , orang yg bersolat ,puasa , zakat pun xtentu lagi baik dan berakhlak mulia ..." , ada pula yang berkata "Cukuplah aku tenang dengan Islam , dengan bersembahyang , berpuasa dan berakhlak mulia , xperlulah aku nak disibukkan dengan perkara lain sehingga mengambil masa aku untuk beribadat.." ..
dan banyak lagi persepsi-persepsi lain selain itu ..

Inilah sebenarnya yg mahu dirungkaikan daripada musuh-musuh Islam ..
sedikit demi sedikit ..
Cukuplah Islam itu berada di masjid dan didada-dada mereka apabila mereka berada dalam kesempitan ..
atau cukuplah sekadar menjadi hukum akad nikah dan talaq ..

Musuh-musuh Islam tidak berjaya untuk menarik Islam atau kepercayaan umat Islam kepada Allah ..
tetapi mereka berjaya menanam dalam hati umat Islam
bahawa agama Islam ini terlalu sukar untuk dipraktikkan
cukuplah sekadar menjadi agama yang dibangga-banggakan sejarahnya yg terdahulu ..

Banyak lagi contoh yg ingin saya bawakan .
InsyaAllah sekiranya mempunyai kelapangan masa yg seterusnya
saya akan menghurai sedikit sebanyak tentang apa yg perlu kita lakukan
untuk menjadi "Seorang Muslim" pada hari ini ...
dan sekadar penggalak .. kepada pertubuhan-pertubuhan Islam di luar sana ..
inilah " Perkara asas yang kita sepakati bersama "
Jika tiada perkara asa ini iaitu "Menerangkan dan Mengajarkan Islam kepada manusia"
secara lengkap dan keseluruhan ..

saksikanlah bahawa suatu hari nanti ..
ahli-ahli keluarga kita , jiran-jiran , sahabat handai kita , akan semakin jauh daripada Islam ..

wallahu a'lam ..
cukup setakat ini ..
semoga Allah Menerima tulisan ini sebagai amalan kebaikan ...

-islahmujahidin-

No comments: