Monday, December 22, 2008

HadirMu membawa Cahaya....


"Siapakah pemuda pada zaman Rasulullah s.a.w. yg bernama Aqib?"-soal ustaz kepadaku sebelum memulakan kuliahnya...

Hanya mampu terdiam seketika, benar mmg tidak pernah lg kudengari sebelum ini.





TIDAK KENAL MAKA TAK CINTA...

Sedih juga rasanya, kerana tidak mendalami ilmu sirah dgn sebaiknya. Kerana jawapannya amat mudah sekali, iaitu RASULULLAH s.a.w. sendiri.Ustaz meneruskan kuliahnya. Walaupun kuliahnya tidak dihadiri dengan kebanjiran ramai pendengar-pendengar, namun sungguh, dengan jujurnya kukatakan bahawa kuliahnya amat memberikan kesan dalam diriku ini...



KEKASIH ALLAH...
Ya Rasulullah s.a.w. aku amat menyintaimu? cukupkah dengan hanya kata2? soalku kembali dalam-dalam pada diriku ini, sedangkan banyak lagi perkara yang Rasulullah cintai daku tidak lakukan. Bahkan perkara yang Rasulullah membencinya daku tetap lakukan...Benar, mmg daku manusia yang lemah daku akui perkara itu.


MENYEBARKAN ISLAM...
Teringat kembali dalam kuliahnya, Ustaz selalu ulanginya...Ingatkan kembali dalam peristiwa Ta'if, demi untuk memastikan Islam sampai kepada kepada kita Rasulullah sanggup ke Ta'if utk berdakwah. Kedatangannya pada mulanya seperti disambut oleh kanak-kanak dan penduduk di sana...TP SEBALIKNYA, baginda kekasih ALLAH telah dilempar dengan batu sehingga sepatu baginda sendiri berkocak dengan darah yang suci.


KETIKA PERANG UHUD pula...
Bayangkan pula bagaimana boleh seorang Rasul yg teringgi di sisi ALLAH, pada pipinya tertusuk oleh besi pelindung kepala sehingga tertembus. SEMUANYA KERANA APA? hanya memastikan rahmat Islam ini sampai kepada kita yang ada sekarang termasuk penulis blog ini juga. KERANA APA UNTUK MENYAMPAIKAN ISLAM? supaya pada akhirnya di hari Qiyamat nanti, kita tidak dicampakkan kedalam neraka yg MAHA AGUNG...




Begitu tingginya cinta Rasulullah pada kita, Fikirkan kembali "sejauh mana cinta kita kepada Rasulullah s.a.w."- walllahu a'lam

No comments: