Tuesday, December 23, 2008

Wanita idaman lelaki...



wanita idaman lelaki...
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinyayang tidak pernah takut
untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan
orang-orang berjuang di jalan Allah

wanita idaman lelaki ialah…
yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan
kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh
yang bersifat jembalang

wanita idaman lelaki ialah…
wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti
kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik
suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara
menuju akhirat

wanita idaman lelaki…
yang sentiasa bersedia
untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran
dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan rahmat Allah keatasnya

wanita idaman lelaki ialah…
tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan
kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji
dan berzikir
tidurnya lena
dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh
penuh kecergasan
kerana sehari lagi
usianya bertambah penuh kematangan

wanita idaman lelaki…..
sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia
adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja
dan dijaga
agar berputik tunas
yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam
sebelum hari kemudian

wanita idaman lelaki….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
dialah wanita idaman lelaki…..


jika ada lagi WANITA sebegini..
alhamdulillah….
alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.

syukran jazilan kepada penulis

No comments: