Wednesday, January 14, 2009

Palestin oh Palestin !!!



Hari ini kumulakan seperti biasa,
Selimut yang tebal ku tinggalkan. Sememangnya sukar untuk meninggalkan selimut yang amat menyelesakan di musim yang sejuk di bumi Mesir ini. Ku saluti, badanku ini dengan wudu' untuk bertemu dengan Ilahi.

Pintu rumah dibuka dengan berhati-hati, mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Ahhhh, subhanALLAH angin yang nyaman mengelus lembut di badan yang kerdil ini. Jubah yang dipakai utk mencontohi Rasulullah s.a.w. itu seakan-akan mahu diterbangkan angin yang bergerak kencang dari Laut Meditteranean itu. Membuatkan langkahku semakin pantas menuju Masjid Ibnu Taimiyah.

Suaranya begitu lembut sekali. Begitu tenang dan tartil bacaannya. membuatkan jemaah begitu selesa dengannya. Ku cuba untuk mengikuti maksud bacaan Imam tersebut. Walaupun ilmu bahasa Arabku masih ditahap yg lemah, namun kucuba menghayati bacaan tersebut.



Ya mujriyassahab, wahazimal ahzab..........ALLAHUMMANSSURIL ISLAM fi kulli makan, ALLAHUMMANSSURIL ISLAM FIL FALESTIN...aku tersentak dengan bacaan QUNUT tersebut. Ayat tersebut seakan-akan menggoncangkan dadaku. Fikiranku melayang ke Palestin. Ya ALLAH, bantulah mereka. Jadikanlah mereka hamba yang Bersabar dan kekalkanlah mereka dan aku dalam IMAN sehingga akhir hayat kami. Menyedari fikiranku melayang begitu jauh, aku kembali beristighfar kpd ALLAH. AMpunkanlah aku kerana kelalaianku. Solatku diteruskan hingga keakhirnya...

Sepanjang perjalananku ke rumah, ku habiskan berfikir "Bagaimana dengan keadaanku yang lemah begini untuk membantu palestin?" Ku lahirkan persoalan ini bertubi-tubi kedalam diriku. Terlalu banyak dosaku...terlalu banyak kelemahanku...terlalu lemah imanku...terlalu kotor hatiku...BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU MEREKA YA ALLAH?

[bersambung...]

No comments: