Thursday, January 14, 2010

100th Post


Alhamdulillah, sedar tidak sedar
Masa terasa seperti sekejap sahaja berlalu
walaupun sudah 100 tulisan di 'post'
Tetapi perasaannya bagaikan baru sahaja sebulan blog ini mula ditulis
apa-apa pun syukur "Alhamdulillah" kerana masih hidup
dan bernafas seperti manusia lain
maka, marilah sama2 kita renungkan sama ada nafas kita pada hari ini
berbeza ataupun sama dengan haiwan2 ternakan
yg hidup mereka hanya sama ada "makan" atau "memberi makan" sahaja
atau kita bernafas dengan iman yg tinggi didalam jiwa...



Saya masih teringat,
sebuah kata2 yg pendek tetapi sgt menarik hati
dan akhirnya saya sendiri cuba menulis
hingga ke hari ini

"Syahmi, anta ada blog"

"xde"-menjawab ringkas

"Buat la blog, anta tau mungkin dengan tulisan kita ni, kita boleh dapat pahala secara berterusan sekiranya orang boleh dapat manfaat dari apa yang kita tulis"

"Ooo, yeke ? hehe :D"

seingat saya, dia(yg saya maksudkan) bercakap benda yang sama dalam 2 kali perjumpaan yg berbeza
dan akhirnya mulalah saya terfikir utk berjinak2 dalam dunia blogging ini

* Dia yg saya maksudkan ialah Ikhwan Zhaki , MCKK (Mantan presiden APIS) dan saya amat bersyukur kerana pernah duduk bersama-samanya
-semoga pahala juga akan melimpah kepadanya dengan izin ALLAH

*(sama juga seperti kita, jika kita mengajak orang berbuat kebaikan dan sekiranya dia melakukan kebaikan itu, pasti kita akan dapat juga pahala drpd ALLAH tanpa mengurangkan sedikit pun pahala dari orang itu..Kita x mahu ??)





Tugas Penulis berat

- Apa yang saya paling takut bukanlah blog tidak popular dan tidak ramai pembaca, tetapi sebaliknya "Semua yang ditulis pasti akan disoal kelak di Hari Kemudian" dan inilah menjadi motivasi saya utk bersikap rasional dan kurang mengikut perasaan ketika berblogging

- Tulisan kontroversi sememangnya Hangat dan Menarik minat para pembaca, tetapi jika kita lihat kembali apakah tulisan itu " Boleh menjadi amalan ataupun hanya akan menjadi fitnah kepada kita pada hari kemudian "
* mmg seronok bila kita tgk ramai orang comment pada post kita, tp Pernah kita terfikir "AkiBaT DrPd TuliSan ber'font' 12 kita itu ???"

- Kadang2 terpaksa juga menghabiskan masa berjam-jam untuk menulis entry yg pendek bagi memastikan entry itu benar2 tidak mengundang sifat permusuhan antara kita :D





Dan disebalik 99 tulisan sebelum ini, pasti akan ada tulisan yang menjadi tulisan favourite @ yang digemari oleh saya sendiri.. kenapa ? rahsia...


-SaTu , DuA , TiGa LeKuK, JaNtan BetiNa KeNe KeTuK

sekian sahaja kali ini
wallahu a'lam
-islahmujahidin-

"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan,"-al-waaqiah ayat 60

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sekalipun sedikit?"-an-nisaa' ayat 78



1 comment:

Ikhwan Zhaki said...

Salaam akhi,

Subhanallah, masya Allah....anta mengingatkan ana kepada kenangan kita bersama.... T_T pastinya ana merindui berjumpa anta...

apa-apa pun, teruskan kesungguhan kita meniti kehidupan dunia ini. insha Allah akhirat itu destinasi kita sebenar

uhibbuk fillah