Saturday, February 27, 2010

Selamat Bercuti...

Bismillah ... summalhamdulillah..
Kerana diberikan sekali lagi peluang untuk menulis
dan menyampaikan beberapa percikan iman
moga-moga diri saya sendiri bersama para pembaca
yg dirahmati ALLAH sekalian
dapat meningkatkan dan membangunkan iman-iman kita
yg masih lagi tertidur semasa mata sudah celik
di tengah-tengah kesibukan dunia hari ini...

Setelah keberadaan di Mesir
semenjak hampir "5 bulan" yang lalu
baru kini akhirnya diizinkan ALLAH utk berehat seberapa ketika
utk menguji iman-iman manusia dalam suasana kelapangan masa

"Bagaimana mereka itu mengatakan diri mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji .."
(al-Quran)

Sendiri saya mengatakan bahawa kelapangan masa
jika diisi dengan betul
maka itulah sebenarnya musuh manusia yg sering kita tidak sedar
* Beristighfar sejenak

 (Budaya tidak sihat semasa exam..masalah makanan)

Perjalanan Cuti Perlu dirancang dengan Baik
Jika tidak dirancang dengan baik, akhirnya kita sendiri pasti akan merasakan kerugian
mungkin tidak dirasakan sekarang
mungkin "Di sana" nanti

Cuti ini saya merancang untuk menghabiskan buku "Al-munthalaq"-oleh Muhammad Ahmad ar-Rashid
yang dipinjam daripada ikhwah Q
syukran, semoga ALLAH memberi ganjaran baik kepadanya
(Segan sebenarnya saya kerana buku ini adalah basic, dan kebanyakan orang sudah membacanya tetapi baru kini mahu mula membaca :D )

sebenarnya buku ini telah lama dipinjam,
dan cuba dibaca dan dibaca
tetapi memang jelas ketetapan ALLAH s.w.t
kerana membaca buku sebegini memang memerlukan ketekunan dan keikhlasan
telah berkali-kali saya cuba untuk membaca buku ini
tetapi gagal dengan alasan yg berbagai
seperti gaya bahasa yang agak tinggi dan sebagainya
Jelas sekali bahawa inilah ketetapan drpd ALLAH
Mungkin inilah masanya ... sudah tiba




Baru sahaja membaca pendahuluan buku ini
membuatkan saya sungguh tertarik
apa katanya ?


"Siri ini ditulis utk ditujukan kepada para pendokong Islam yang terdiri dari mereka yang mendirikan solat, merasa bangga dengan keislaman mereka serta menghiasi diri mereka dengan akhlak orang-orang yg beriman. Tulisan ini tidak ditujukan kepada golongan yg lalai apatah lg golongan yg menyeleweng.."

"Sesungguhnya penyelesaian kepada masalah dunia Islam pada hari ini tidak hanya perlu kepada proses perubahan secara menyeluruh masyarakat yang menyeleweng dan lalai agar mereka kembali berpegang kepada ajaran Islam. Sebaliknya keperluan yang lebih mendesak adalah kepada penyelesaian drastik untuk memberi kesedaran kepada orang yang berpegang teguh kepada agama dan membangkitkan cita-cita mereka serta memperkenalkan mereka kepada jalan kerja dan da3wah. Sebenarya masih ramai lagi orang beriman, cukup untuk merealisasikan kebaikan yang diharapkan sekiranya mereka mengenal erti ketulusan(tajarrud), kurang terpengaruh kepada godaan dunia, menjauhi fitnah, sabar mengahadapi ujian, seterusnya baik dalam ilmu kepimpinan masyarakat..." 



"Lalu kita tunjukkan kepada mereka 'tariqul amal' atau jalan kerja yang efektif dan laluan yang selamat serta elemen-elemen yang perlu untuk meningkatkan tarbiyah ke dalam dirinya kepada taraf yg diperlukan sepanjang jalan da3wah ini.."


"Nasihat dan bimbingan ini juga ditujukan kepada penda3wah yang telah mengenali jalan kerja, tidak bekerja secara sendirian lagi dan mengutamakan amal jama'ie bersama dengan pemimpin-pemimpinnya. Mereka bangun menentang jahiliyyah dan mengembalikan ummat ini kepada Islam. "


"Tindakan ini bagaimanapun memerlukan ketahanan, komitmen yang tinggi, pengorbanan yang banyak dan hati yang sensitif dan halus.."

- Petikan diambil dari kitab al-munthalaq
*menarik

Seterusnya,
insyaALLAH pada cuti kali ini, saya akan cuba menyibukkan diri dengan al-Quran
yang mungkin sebelum-sebelum ini kurang ditadabbur
juga atas alasan yang pelbagai ..
"Takut saya sekiranya amal-amal dan kata-kata yang saya luahkan sebelum ini menyalahi al-Quran"
nauzubillahi min zalik (ampunkan daku ya Allah dari perbuatan yg aku tidak ketahui)

Teringat juga saya kepada Kuliyyah Tafseer -oleh Syeikh  Ibrahim Zidan setiap Sabtu di Camp Shezar
"The knowledge(al-quran and Sunnah) and action must be together. If action comes in front of knowledge the person will make innovation in this Deen"

syukran juga saya ucapkan kepada sahabat saya yg memberikan 'idea ini'
(lebih hebat utk mereka kerana menjadikan minggu cuti ini minggu Darul Quran)


InsyaAllah, inilah post teakhir saya sehingga tamatnya cuti pada kali ini,
kerana saya akan cuba menyibukkan diri ini dengan aktiviti2 "Tarbiyyah Dzatiyah"
insyaAllah saya akan berada di Alexandria hingga awal 2hb ini
sebelum bertolak ke "Luxor dan Aswan"
untuk berjalan dan melihat kebesaran ALLAH
sambil melihat kesan-kesan manusia yg kufur
yg sehingga ini Allah mengekalkan kesan-kesan ini supaya "kita berfikir"

Pesan saya kepada mereka yg ingin bercuti
- Gunakan masa cuti anda sebaik-baiknya (kalau melancong jangan duduk dalam hotel je..) , jalan-jalan
  Lihat tamadun mereka, ambil yang baik, ambil pengajaran pula untuk yang buruk
- Lihat pula bagaimana keadaan Islam dan nasib ummat Islam disana..(estimate bila Islam akan bangkit semula kalau kita tidak bergerak)
- Rapatkan ukhuwah, mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lg dengan kenalan tersebut
- Tenangkan fikiran dan cari ilham utk tulisan2 yang lebih bermanfaat..

sekian sahaja utk kali ini..
sebarang komen, pertanyaan, pembetulan atau apa-apa sahaja
bolehlah tinggalkan 'comment' atau emelkan terus kepada saya...
insyaAllah, semoga Allah merahmati dan memberikan hidayah kepada saya dan antum para pembaca
ketahuilah bahawa saya sungguh seronok dengan kehadiran pembaca
yg sugguh ikhlas dan bersih hatinya
yg tidak lain dan tidak bukan mahu meng'islah'kan diri mereka



Hamba yang hanya mahu keredhaanNYA
-islahmujahidin-

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salaam"

(surah ibrahim-ayat 23)

3 comments:

kepalakotak said...

ak kira kotak ni.
sume ade 20 lebeyh. cukup2 sebulan. tahniah.

islahmujahidin said...

Untuk siapa kotak tu ?

mUhAmMaD aiMaN bIn ZainAL baHRin said...

hati2 wktu sng sllu hanyut...argh...tlong