Saturday, May 1, 2010

Kenangan Terindah - Mereka memerlukan kita ...



Terselak memori lama seketika
Percutian "Musim Panas" Tahun lepas tiba-tiba bermain di minda
Tersenyum...

Percutian Musim Panas tahun lepas
walaupun pelbagai perkara yang dirancang sebelum pulang ke Tanah Air
hampir semuanya tidak menjadi
seperti melawat ke Shahputra , Ziarah sekolah beberapa kali, buat program untuk Junior2
dan sebagainya...
kerana "Kita Merancang, dan ALLAH juga merancang , dan sesungguhnya ALLAHlah sebaik perancang "
tetap bersyukur kerna dikurniakan
suatu pengalaman dan memori
yang sukar dilupakan...



Perjalanan hidup di Malaysia selama mana Musim Panas tahun lepas
hampir penuh digunakan untuk mendidik jiwa "kanak-kanak" kecil
yang mungkin dalam usia peralihan...
Yang jika dahulu, mungkin semasa zaman ini kita sebok memikirkan tentang gasing dan guli
tapi bagi mereka pada hari ini,
lain cabarannya
Mungkin mereka hari ini diuji dengan wujudnya PS2, PS3 , XBox dan sebagainya..

Menyukai kanak-kanak,
inilah kadang-kadang terfikir bercita-cita
untuk menjadi seorang "Pediatrician" (pakar kanak-kanak)
Bukan apa, kerana saya memikirkan bahawa kanak-kanak dan remaja lah sebenarnya
aset kepada sesebuah masyarakat
dan saya juga amat bersyukur jika semakin ramai orang yg "ditarbiyah"
Menjadi seorang guru..indahnya jika begitu...



Berbalik semula kepada cerita...
Cerita bermula apabila ayah menawarkan saya untuk mengantikan seorang guru yg bercuti bersalin
Tawarannya untuk mengajar "Mathematics" yg memang merupakan subjek kegemaran dari kecil2 lagi
terasa bersemangat...

Biarpun begitu,
sebenarnya kali ini diuji dengan tugasan guru ganti yang terpaksa mengajar di kelas Paling Hujung
yang murid-muridnya langsung "tak tahu makan saman"
tiada perasaan mahu belajar dan mungkin kadang-kadang "selambe je bila di marah"
kadang-kadang saya tergelak sendiri disebabkan kenakalan mereka
yg tak penah saya begitu..(haha bajet baik)



Tetapi sedar x sedar,
perkara inilah yg mengajar saya betapa pentingnya melahirkan guru yg mendidik
dan bukan sahaja mengajar anak muridnya

Banyak lagi kerja yg perlu yg perlu dilakukan
bagi memastikan generasi hadapan tidak terus hanyut
jauh lebih hanyut daripada generasi sekarang...

Jika kita hari ini takut dan terkejut dengan perkara yang berlaku
seperti buang anak , kes bunuh membunuh , zina , rogol , minum arak dan sebagainya...
Bayangkan pula pada zaman hadapan..
Bagaimana ?

Jika kita hanya meneruskan gelombang mungkar ini
pasti ranap semua dan segala yang ada pada masa hadapan
Apa akan jadi pada generasi anak-anak kita nanti ?
Jika kita terus selesa dalam situasi sekarang ini..

Seterusnya,
apa yg ingin saya sampaikan pada ketika ini ialah
betapa pentingnya kita
dan betapa mereka memerlukan kita selaku pendidik

Mungkin kita tidak berpeluang menjadi guru,
tetapi kita mungkin menjadi seorang abang dan kakak yang baik kepada adik-adiknya
pimpinlah dan didiklah adik-adik kita
Bukan sahaja dengan ilmu supaya cemerlang didunia sahaja
tetapi untuk akhirat langsung kita lupa
sebaliknya aban atau kakak yg baik adalah yg mampu menyelamatkan ahli keluarganya daripada api neraka...

(Gambar adik saudara baru yang bermata bulat...)

Sekali lagi saya bersyukur kepada ALLAH s.w.t.
kerana memberikan saya peluang untuk men"Diagnose" masalah-masalah masyarakat
yg mungkin kita kurang sedar pada hari ini
dan memberi saya peluang untuk menulis
dan memberi kesedaran kepada doktor2 , guru2 , murabbi2 , abg2 , kakak2 dan kesemuanya...

Semoga kita dapat menambil iktibar
kerana apa ?
"Manusia yang paling bijak itu adalah manusia yang belajar daripada pengalaman orang lain"

sekian dahulu
-islahmujahidin-

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "  

                                                                                                                (surah at-tahrim ayat 6)



 

No comments: