Tuesday, May 10, 2011

Jangan Kedekut !!!





P/s- Post kali ini saya tujukan khas buat diri saya sendiri dan juga buat mereka2 mempunyai hati yg berfungsi dengan baik...

Seringkali kita mengeluh , Tiada masa dan sebagainya , tetapi adakah kita mengerti masa itu milik siapa ?
Kita mengerti tentang kejayaan , tetapi jarang kita muhasabah bahawa natijah kejayaan itu datang dari siapa ?
Kita sering mendambakan kebahagiaan , tetapi kita lupa bahawa kebahagiaan itu hanya datang dari siapa ?

wahai saudaraku ,
jangan kedekut ,
jangan kedekut memberikan sedikit masamu untuk ALLAH ...
Sedikit masamu mencari cebisan mutiara ,
Yang indah dipandanganNYA , walau mungkin tidak di pandangan Manusia ...

Jangan ingat dengan memperuntukkan semua masa dalam hidup untuk mencari kebahagiaan dan kejayaan , akhirnya kita mampu berjumpa semuanya itu tanpa izinNYA ..

Jangan jadikan alasan pelajaran dan masa rehatmu itu untuk menjadikan engkau jauh dari Urusanmu dengan ALLAH..

Jangan lupa dengan tujuan apakah engkau hidup di dunia ini ...

Jangan kau lupa , akhirnya kau akan kembali kepadanya sama ada dalam keadaan bersedia ataupun tidak ...

Jangan Kedekut !!!
Sungguh sistem yg dicetak rompak dan diimport ini mampu melemahkan dan melemahkan jiwa-jiwa saudaraku dizaman ini ...
Sungguh, aku telah menyaksikannya ...di depan mata aku sendiri ...

-Islahmujahidin-

2 comments:

Anonymous said...

quote .... "akhirnya kita mampu berjumpa semuanya itu tanpa izinNYA "

???

islahmujahidin said...

ramai orang berkejar2 mencari kejayaan dan kebahagiaan dunia ..

Semua itu datangnya hanya daripada ALLAH s.w.t

Apakah kita mampu berjumpa dengan Kebahagian dan Kejayaan itu TANPA IZINNYA walaupun seluruh matlamat kehidupan kita , kita kerahkan kearah itu...