( Matlamat = Target )
Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama ALLAH saya mulakan ..
Sudah menjadi kemestian bahawa semua orang mempunyai target yang tersendiri. Terpulanglah kepada pemiliknya sama ada ianya besar mahupun kecil.
Baru sahaja sebentar tadi di dalam dewan kuliyyah , sahabat mengingatkan tentang matlamat . Ya, ianya penting dah terlalu penting. Syukran kerana mengingatkan...
Dan inilah "antara matlamat" yang sepatutnya digariskan dan difahami dalam individu muslim
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لْمُتَّقِينَ إِمَامًا (Surah Al-Furqan: 74 )
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa.
Ayat ini seringkali kita ulang2 dalam doa seharian kita . Malah bahkan menjadi doa tambahan sebelum makan beramai-ramai di rumah kami..
Dalam ayat ini ana tidak mahu menyentuh bahagian hadapan ayat ini kerana ayat ini merupakan ayat pengharapan yang kita serahkan sepenuhnya kepada Allah..dan insyaAllah kita sendiri akan melalui fasa itu...
Cuma apa yang mahu ketengahkan ialah "Dan jadikanlah kami Imam kepada orang-orang yg bertaqwa" yang memerlukan pembinaan dan pengorbanan dan bukan hanya berserah kepadaNYA semata-mata...
Ayat ini mengajar kita bagaimana tingginya matlamat seorang Muslim itu. " Orang-orang yg bertaqwa " , ialah golongan yg mendapat tempat yg tertinggi di sisi ALLAH. " Hatinya Bersih , Amalannya ikhlas dan Akhlaknya Mulia " dan juga sifat Ihsannya , yg mampu mengekalkan momentum imannya sama ada dalam keadaan terang mahupun sembunyi . Itulah orang yang disayangi ALLAH.
"Imam" ataupun "Pemimpin" pula didalam Islam hanya diberikan kepada orang yang paling layak dikalangan suatu kaum itu. Dan sudah tentu "Pemimpin" ini mempunyai kekuatan untuk membimbing dan mendidik masyarakatnya dan adalah orang yang terkehadapan dalam setiap perkara.
" Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya. " (surah al-qalam 34)
Pemimpin orang-orang yang bertaqwa sudah tentu diganjari ALLAH ganjaran yg lebih baik dari ini...
Kembali kepada realiti....
Didalam dunia yang penuh fitnah , dusta dan maksiat ini hanya segelintir sahaja yg mampu bertahan dalam keadaan Muslim, hanya sedikit yang mampu mempertahankan iman , lebih sedikit lagi yg mampu mendidik nafsu dan tinggallah beberapa orang sahaja yg mampu menuju kearah ketaqwaan..
Rasulullah s.a.w. merupakan qudwah dalam kehidupan. Dengan keimanan dan ketaqwaan akhirnya bagindalah merupakan "Pemimpin Ummat Manusia yang bertaqwa" yang pertama. Semoga kita mampu bersama-sama baginda di Syurga kelak.
Apa-apa pun semua ini memerlukan tarbiyyah (didikan). Sama ada ditarbiyyah mahupun sehingga tahap mampu memberikan hak tarbiyyah. Dan ghayah(matlamat) ini tidak lain dan tidak bukan hanya semata2 kerana ALLAH s.w.t. Ingin ana kongsikan satu kata-kata yang menjadi inspirasi
" Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita. Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara kita " (Ila ayyu syai' nad3unnas - Kearah Mana Kita Menyeru Manusia )
Semoga Kita jelas tentang matlamat hidup kita di dunia ...
Semoga segala apa yang kita lakukan hanyalah semata-mata kerana Allah s.w.t. Saya berdoa agar diri saya tidak menjadi fitnah di dalam fatrah "Memperbaiki diri" ini dan banyak lagi yang masih belum mampu saya lakukan untuk memberi hak-hak tarbiyyah kepada orang lain.
Tetapkanlah matlamat jangka pendek , jangka sederhana dan jangka panjang untuk mencapai Matlamat hidup ini...
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga." (Al-Taubah: 111)
Semoga Allah mengampuni diri ini dan memudahkan matlamat seluruh kehidupan kita ini...
-islahmujahidin-
No comments:
Post a Comment