Monday, July 4, 2011

Pesanan buat Pelajar Alex

" Berpesan-pesanlah dengan Perkara Kebaikan"

Bismillahirrahmanirrahim...



Walaupun berada dalam kesempitan masa
insyaAllah ada satu teguran yang saya patut 
saya berikan ...

Semoga ianya memberi kebaikan kepada diri pembaca semua dan juga diri saya ...


Diceritakan dalam hadis yg panjang
dalam hadis imam an-nawawi ..

potongan daripada hadis tersebut : -

Berkata malaikat jibril kepada Rasulullah s.a.w.

 قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عنِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ.

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu ...

Mungkin ramai yg terlepas pandang tentang perkara ini ...

Mungkin dihadapan manusia engkau hebat berkata-kata
tetapi dibelakang engkau orang yang derhaka ..

Mungkin dihadapan manusia engkau pemimpin terkemuka
tetapi dibelakang manusia engkau hanya patung x berharga ...

Di hadapan manusia engkau mulia
tetapi disisi Allah engkau hina ....

Ingatlah bahawa segala amalmu yg diterima hanyalah kerana Allah
Janganlah kerana mengejar hebat dihadapan manusia
engkau dilempar hina kedalam neraka ...

~ Evening Talk ~

"Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu .."

Engkau bukan tidak mampu , tetapi engkau mengejar itu (dunia) ...
* Ikhlaskan niatmu ** Kuatkan azammu *** Tentukan hatimu

-Islahmujahidin-

Lakukanlah amal dengan ikhlas
bukan hanya meninggalkan belang didunia


Jagalah ibadah meskipun hanya yg wajib
walaupun manusia tidak mampu melihatnya
Allah sentiasa ada dan pasti membalasnya

.
Tulus buatmu sahabat


.

3 comments:

Dr Anisah Ali said...

muhasabah buat kita semua. :)
Syukran syahmi atas perkongsian.

anwar azhari said...

jazakallahu khairan kathiran ya akh..

tp gamba tuh racist laa..

black guy jahat.
white guys baik..

islahmujahidin said...

Projection~