Monday, October 3, 2011

Man La Yahtam Min Amril Muslim Falaisa Minhum

Satu Perkara yg sangat menyedihkan dan menyayat hati dewasa ini ialah berpecahnya perpaduan ummat Islam..

Maksudnya berpecah bukanlah dek kerana banyaknya Jemaah atau banyaknya amal yg berbeza ..
tetapi yg tidak sihat ialah Ummat ISLAM pada ketika ini ialah mempunyai sifat yg sangat buruk iaitu sifat       " Kita-kita sahaja , mereka siapa ? "
Kita merasa bahawa hanya kita yg terbaik dan mengenepikan rasa orang lain dan menolak 100% jasa orang lain..

Satu lagi yang memberatkan , kita membiarkan agama dan anak-anak Islam terjajah dengan lebaran sayap kristianisasi terutama di Malaysia ...
SAYA SUNGGUH PELIK ...

Saya menyeru rakyat Malaysia .. Marilah Bersama2 melindungi agama ini ..
Jika dek kerana bola kita mampu berhimpun , Bagaimana pula dengan agama ?
Apakah kita mampu mengumpulkan 1,000,000 umat Islam ?
Andalah harapannya ...

MARI BERHIMPUN !!!


Ini harapan kita



Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
     
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
     
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
     
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
     
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
     
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

" Ya ALLAH, selamatkanlah agama ini dengan Tangan2 kami ... "

No comments: