Saturday, June 2, 2012

Tips Cemerlang dalam Peperiksaan ..

Assalamualaikum wbt..

Pertamanya sebelum memulakan tulisan ini , ingin saya tegaskan bahawa saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberi "Tips-tips Kecemerlangan"
Tetapi insyaAllah berdasarkan pengalaman yang cetek dan hasil pengumpulan pendapat-pendapat mereka yang lebih cemerlang akhirnya saya mulakan perkongsian yang tidak seberapa ini ..

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang ,
semuanya perlulah dimulakan dalam diri sendiri terlebih dahulu ..
Ianya bermula apabila seorang individu itu meletakkan target atau garisan capaian yang ingin dicapai ..
saya memetik salah satu tips didalam buku "THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE" - oleh Stephen R Covey " HABIT 2: BEGIN WITH THE END IN MIND "..

Target atau cita-cita merupakan penolak yang paling kuat untuk seseorang itu berjaya, cuba kita lihat bezanya seorang pelari pecut 100m dengan seorang yg berlari hanya sekadar saja-saja .. Sudah tentu pencapaiannya berbeza ..



Contoh kedua, Kita lihat kanak-kanak yang bercita-cita untuk menjadi "Superman atau Ultraman" , mereka akan  buat apa sahaja untuk memastikan mereka kelihatan seperti Ultraman , bermula daripada memakai topeng , suit(baju) ultraman , sehinggalah melompat dan memanjat , bahkan pernah suatu ketika dulu kita mendengar kes kanak-kanak mati terjun bangunan kerana mahu menjadi ultraman ..

Kesimpulannya, daripada keinginan akan lahirlah usaha dan perlakuan untuk mencapai keinginan tersebut . Sudah tentu orang yang mahu lulus sahaja dalam peperiksaan berbeza dengan orang yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan gred yang terbaik dalam peperiksaan .


Tips yg ke-dua,
kita perlulah memastikan berjaya dalam bidang yang kita dalami merupakan satu amanah dan tanggungjawab, Seorang pilot semestinya bertanggungjawab memastikan semua penumpangnya selamat tiba ke destinasi , seorang jurutera perlu bertanggungjawab untuk memastikan bangunan yang dibinanya cukup kukuh untuk didiami manusia dan seorang doktor pula semestinya perlu memastikan agar pesakitnya mendapatkan kualiti hidup yang terbaik (QOL - Quality of Life) .

Tanpa merasakan amanah, manusia tidak akan ada rasa bersungguh-sungguh ,
mungkin juga hanya bermain-main dalam melakukan sesuatu perkara,
kerana mereka tidak merasakan bahawa setiap amanah itu pasti akan disoal Allah di akhirat kelak .
Dan sudah pasti manusia tidak akan menggembleng semua potensi yang mereka ada untuk melakukan amanah tersebut (seperti : pelajar)



.: Nota Kaki : Ada orang kata "X semestinya orang yang cemerlang dalam peperiksaan itu adalah orang yang paling bijak" , 'Ada benarnya' ungkapan tersebut,
- tetapi bagi saya, secara peribadinya, orang seperti ini 'probability'nya adalah lebih sikit(orang yg cemerlang tetapi tidak bijak ) berbanding dengan orang yg tidak berusaha untuk cemerlang dalam peperiksaan(sudah tentunya pilihan yang tidak bijak)..

Tips ke-3
HATI YG CERAH ..
sering kali kita membaca doa penerang hati sebelum memulakan pembacaan " Rabbi syrahli sadri ..." mengapa?
Sudah tentunya ilmu yang bersih memerlukan tempat yang bersih iaitu didada manusia yang bersih..
Seperti kisah yang biasa kita dengarkan ,
Apabila imam Asy-syafi'e bertanya kepada gurunya , mengapa hafalannya kurang memuaskan ?
jawab gurunya , "lihatlah hatimu" ...



Disini dapat kita kaitkan ..
bahawa hati yang cerah itu adalah hati yang bersih dan tenang ,
dengan ketenangan , maka mudahlah untuk ilmu melekat ke dalam dada manusia..

Dengan ini bolehlah kita melazimi istighfar dan solat taubat atas segala kesalahan yang kita lakukan ..
Kerana setiap kejahatan yang kita lakukan akan menambah satu titik hitam dalam hati ..

Akhirnya untuk cara yang lebih praktikal ialah
Kita sendiri mencari method yang paling sesuai untuk kita secara peribadi ..
Mungkin ada yang sesuai belajar "pada waktu malam" , "sebelum subuh" , "di tepi pantai" mahupun "Study Group"
Semua semestinya mengikut kesesuaian masing2 kerana manusia masing-masing citarasanya tidak sama ..



Bg mereka yang mahu memulakan "Study Group"
Study group adalah satu bentuk cara belajar yang efektif
Walaupun tidak mempunyai study group sendiri
Namun saya yakin ianya amat membantu menyelesaikan kemalasan study

Saya cuba bertanya beberapa orang tentang "Study Group"
dan hampir kesemuanya mempunyai jawapan yang positif
dan kebanyakan mereka telah berjaya meningkatkan prestasi akademik mereka
sehingga sangat berjaya..

Antara ciri Study group yang efektif ialah :-
1. Mempunyai seorang ketua yang berwawasan tinggi dan bersemangat tinggi
2. Ahli group yang suportif

Antara kaedah yang boleh diguna-pakai pula :-
1. Setiap ahli group diberi tugasan membentangkan tajuk yang diberikan kepada mereka
2. Membincangkan soalan yang kerap ditanya di dalam lecture
3. Boleh juga setiap ahli group datang hanya untuk membaca dan menghuraikan point2 tambahan atau cara-cara mudah untuk menghafal
4. Kuiz

Akhir sekali adalah berkenaan "Masa"
yang paling penting berkenaan masa ialah "Tahu bagaimana menggunakan masa"
Sebagai contohnya , "Exam terdekat adalah pada minggu hadapan"
dan berapa topik yg belum habis diulang-kaji ?

Dengan perancangan yang berkesan , akhirnya kita mampu membahagikan masa mengikut keupayaan kita membaca dalam sesuatu waktu , sebelum bosan mula bertandang jika membaca terlalu banyak dalam satu-satu masa..

Contohnya , kita hanya membaca 40 halaman / hari ..berbanding menghabiskan 180 halaman / hari (study last minute)

Menjadi Muslim yang terbaik bukanlah bermaksud menjadi Muslim yang terbaik dalam ibadah tertentu sahaja seperti solat , puasa , zakat dsb.. Tetapi muslim yang terbaik adalah seseorang yang mampu melakukan yang terbaik dalam setiap aspek dalam kehidupan ..

Sekian sahaja .
-Mumtaz Untuk Ummah-

Jangan lupa baca doa =)


1 comment:

Anonymous said...

jazakallahukhairan kathirah atas perkongsian...
semoga diberi kekuatan untuk menulis lagi..
MUMTAZ UNTUK UMMAH, insya Allah