Monday, January 14, 2013

Everyday 30 minutes (1)

Setiap hari saya berfikir ,
Apakah yg terbaik utk saya berikan kepada ummah ini
Agar sentiasa terus hidup dan bergerak dan menyampaikan berita gembira daripada Quran kepada dunia ..
Saya berpendapat bahawa berhadapan dengan realiti adalah lebih berkesan dibandingkan dengan menulis , oleh itu , beberapa lama saya berhenti menulis dan berziarah ke satu rumah ke satu rumah yg lain sekadar yg termampu ..
Walaupun saya menyedari bahawa saya bukanlah contoh yg terbaik utk dicontohi , tetapi saya cuba untuk senyum dan meyakinkan diri saya dan mereka utk "Enjoy the life in the Blessing of Allah swt" .. untuk berasa seronok dengan kehidupan ini sesuai dengan ketentuan Allah melahirkan kita di dunia ini ... (ya , saya bukanlah penasihat ataupun pemotivasi yg baik, tetapi saya yakin akan ada kesannya sedikit sebanyak :) 

Banyak sebenarnya pengalaman yg saya alami sehingga mengajarkan saya tentang perasaan sebenar manusia  , antaranya termasuklah mereka yg banyak mengadukan masalah diri mereka kepada saya, sama ada masalah pelajaran , masalah hati , masalah pengurusan masa dan sebagainya, ada juga pengalaman yg saya terima melalui perkongsian pengalaman orang lain menguruskan masalah mereka sehingga mereka berjaya terus melangkah jauh kehadapan, ada juga melalui pembelajaran saya dalam bidang perubatan ketika berada di bahagian "Neuropsychiatry" dan banyak juga yg saya belajar daripada pesakit-pesakit saya ketika disini ( terima kasih kepada mereka dan semoga Allah swt mengurniakan mereka kesembuhan )

" Behaviour is a manifestation of Thought "
begitulah status FB yg telah saya tulis beberapa hari lalu ..



Sebenarnya ianya adalah merupakan kesimpulan yg saya dapat setelah saya beberapa lama mengkaji mengenai manusia, ada yang saya perolehi ketika dalam pembelajaran di bidang perubatan , ada juga selepas saya meng'aplikasi'kan teori ini kepada diri saya sendiri dan ada juga saya fahami daripada sirah Rasulullah saw dan sahabat ..

Secara mudahnya , " Perbuatan/sifat individu adalah hasil apa yang mereka fikirkan"

Saya sering mengkaji kepada sirah sahabat , apakah yg menjadikan mereka hebat , tidak putus asa dan istiqamah dalam menegakkan agama Islam walaupun mereka lebih banyak tentangan dan mereka juga manusia biasa... 

Terdapat juga kisah almarhum Syed Qutb yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan tulisannya dan tidak mahu memohon maaf kepada pemerintah ketika itu keyakinannya (secara ringkas , boleh baca kisahnya lebih lanjut di sini ..)

dan banyak lagi kisah yg hebat2 sama ada yg terdahulu ataupun kontemporari seperti di Palestin , Afghanistan , Mesir dan sebagainya ..

Apa yang saya nampak mengenai kesamaan antara mereka semua adalah , mereka semua nampak secara jelas apa yg mereka mahu capai dalam kehidupan ini sehingga segala apa yg ada pada mereka adalah untuk itu iaitu "Untuk Allah" <-- div="div" thought="thought">

Hasilnya segala wang , tenaga , masa dan apa2 yg ada pada mereka , mereka korbankan untuk sampaikan kepada tujuan tersebut <-- behaviour="behaviour" div="div">

Sebagai contoh lain , apabila ditanya kepada sahabat nabi , "Bagaimana kamu solat dengan Khusyu' ?" , "Aku solat seakan2 aku nampak syurga di berada kanan ku , neraka berada di kiriku , dan malaikat maut berada di belakangku bersedia untuk mengambil nyawaku pada bila2 masa , dan segunung besar dosa bersedia berada diatasku untuk menghempapku .." <-- div="div" of="of" stronger="stronger" the="the" thought="thought" visualisation="visualisation">
* Behaviour --> Khusyu' dalam solat



Apa yang saya lihat pada zaman ini , pemikiran kita telah banyak dibeli oleh2 lanun barat dengan media massa, filem2 lucah, iklan2 yg mengiurkan , rancangan2 TV yg merosakkan dan sebagainya .. akhirnya jadilah kita seperti mana yg mereka mahukan , maka kini banyaklah muslim cetakan barat yg lahir secara berpukal2 ..
contohnya :-
  1. Lelaki yg melepak di tengah2 jalan untuk melihat (usha) anak2 gadis yg lalu
  2. Cerita2 lucah yg diceritakan kepada orang ramai secara tidak malu
  3. Berita2 rasuah yg berpanjangan seakan2 ianya perkara biasa yg tidak dapat dielakkan
  4. Budaya lepak2 , beli belah secara berlebihan seakan-akan itulah tujuan kehidupan (untuk cari keseronokan)
  5. Budaya2 couple merebak dan cuba mencantikkannya dengan Islam , dan lebih teruk lagi ada yg cuba 'ringan-ringan' sebelum berkahwin kerana dianggap ianya perkara biasa ...
Terlalu banyak lagi yg mahu saya ceritakan , tetapi apakan daya masa kesuntukan dan waktu sepatutnya saya berhenti menulis pun telahpun lepas 18minit yg lalu .. Akhirnya , apa yg saya ingin kongsikan adalah apa yg selalu saya sebutkan didalam "Usrah" kendalian saya..

iaitu "Kita mestilah menjadi muslim yg jujur , bukan orang nampak kita baik di hadapan tetapi di belakang manusia kita menjadi orang yg lain , ikhlas dan berlaku jujurlah kepada Allah , sbb hanya kita tahu akan diri kita yg sebenarnya, dan jangan jadikan amalan2 kita Haba'an manthura(debu-debu berterbangan) , akhirnya siapa yg mengubah diri kita adalah diri kita sendiri dengan hidayah daripada Allah "

Lihat kembali dalam diri kita , apakah punca masalah kita dan cubalah selesaikannya secepat mungkin dan berdoa , agar lebih cepat kita dapat " Menyerahkan diri kita kepada Allah swt "
*Saya hanya mampu berdoa sekiranya saya dapat membantu mengurangkan segala kesulitan yg dihadapi mereka , kerana saya adalah sebahagian dari mereka , dan mereka adalah sebahagian daripada saya ...

"We Are what we Think of"
Yalla Ila Amal :)

No comments: