Sunday, August 31, 2008

Nasihat yang tidak dapat ku lupakan....



jam 2.32- 26hb julai 2008

Seperti biasa ku akhiri waktu rehatku di musolla. Mungkin sangat sebahagian yang menggunakan kemudahan ini untuk bertemu dengan Allah s.w.t. bagi melaksanakan amanah dan perintahnya. Mungkin kita sering terfikir tentang bagaimana kolej yang mengandungi kira-kira 3000 orang pelajar tetapi hanya sedikit yang menggunakan kemudahan ini untuk menunaikan kewajiban solat. Betul apa yang dikatakan oleh nabi muhammad s.a.w. mafhumnya- bahawa mereka yang mengamalkan ISLAM pada akhir zaman tersisih/bagai menggenggam bara api...
InsyaALLAH, sama-samalah kita doakan supaya kita semua senantiasa dibawah naungan keredhaan ALLAH

PERBUALAN YANG SANGAT BERMAKNA
Kami berbicara sebentar dengan ustaz selepas daripada berakhirnya tazkirah selepas solat. ALHAMDULILLAH, ku ucapkan SYUKUR setinggi-tingginya ke Hadrat ILAHI keranaNya telah membukakan pintu hatiku untuk berbual sebentar dengan ustaz. Dalam perbualan penuh bermakna itu sempat ustaz selitkan tentang kami yang akan ke MESIR nanti. Ustaz sangat menekankan mengenai niat untuk kesana. Bahawa kami tidak sepatutnya niat untuk ke sana untuk semata-mata menjadi doktor sebaliknya gunakan kesempatan mempelajari ilmu perubatan itu untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. Alhamdulillah , akhirnya ku sedari itu. Walaupun nampak seperti kecil pada kita, namun bagi seorang muslim yang beriman, niat sangat memainkan peranan penting dalam mendapatkan keredhaan ALLAH s.w.t.

Harapan...
agar kita dapat bersama-sama senantiasa tidak lupa untuk mencari keredhaan ALLAH dimana-mana dansetiap masa kita berada. Semoga amalan kita diterima, dan tidak sia2 :p

No comments: