Sedih, Kecewa dan agak terkilan dengan diri sendiri,
rasa begitu lemah sekali diri ini,
kehidupan di Mesir ini, banyak mentarbiyahkan jiwa dan membersihkan hati,
itulah perkara yang menjadikan diri ini selesa disini,
Tarbiyahlah menyambungkan hati ini dan seakan-akan memberi rahmat kepada jalan hidupku disini...
kadang-kadang, ku ke pantai menenangkan jiwa,
deruan ombak yang memukul pantai seakan-akan mendengarkan perasaanku ini...
Yang paling mengecewakan diri ini sekali,
adalah, daku lebih memikirkan masalah peribadi sahaja berbanding masalah yg lebih besar, iaitu masalah Ummat...
"Agama Islam hanya akan terbela apabila apabila ada dikalangannya mereka yang mempelajari Islam dan MENYEBARKANNYA pada mereka yang lain"
Sungguh malu akan diriku jika dibandingkan mereka yang sebelumku:
1) Sultan Mehmed AL-fatih= membuka kota constantinople ketika masih remaja ( dalam lingkungan 18 tahun)
2) Usamah bin Zaid= menjadi panglima tentera menentang Byzantine(Rom Timur) ketika umurnya 18 tahun
3)Salehuddin al-Ayyubi = menghabiskan masa mudanya membina angkatan tentera menentang tentera salib
4) Ana= hanya termenung sendirian, memikirkan masalah sendiri, tiada sumbangan dalam sejarah Islam (sekarang dipenghujung 18 tahun)
(YES of course, Islam will dominate world)
Diamanakah Hambamu ini ya YA ALLAH,
~Ampunkanlah daku~
No comments:
Post a Comment