Sunday, December 7, 2008

Lindungilah mereka...


Font size
Ana sungguh sedih dan sungguh kecewa pada hari ini,
Bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi diri ana sendiri...
Apalah yang mampu ana jawab dihadapan ALLAH kelak di Akhirat...
Dan jika ditanya didunia sekarang pun ana tidak mampu menjawabnya,
bagaimana pula di akhirat?


Teringat kembali pada pelajaran PAI tingkatan 4 (kalau tidak silap)
mafhumnya-"jika ada orang yg datang meminta perlindungan daripadamu hendaklah kamu memberinya" (wallahu a'lam, maaf kerana ana terlupa ayat Quran tersebut)
Bagaimana Ayat itu menyeru kita untuk memberi perlindungan kepada mereka yang mahu berlindung dengan Islam...

Sungguh memalukan diri ana sendiri kerana tidak mampu berbuat demikian...
Daku memohon keampunan kepadamu YA ALLAH,
kerana daku tidak mampu...

Sungguh, ana berada dalam keadaan sedih sekarang kerana x dapat membantu...
Lagu NurSyahadah- far east begitu tepat sekali dan sungguh menyentuh hati...
"akan ku bimbingmu sekadar yang termampu menyemai iman dan menyuai taqwa"...



Ya ALLAH,
apa yang harus ku lakukan?
apa yang boleh ku lakukan?
daku malu Ya ALLAH,
sesungguhnya jika ada seribu orang sepertiku,
semuanya seperti tidak bernilai...
daku malu ya ALLAH
daku malu ya ALLAH
daku Malu ya ALLAH


ampunilah daku........
letakkanlah aku bersama-sama hambamu yang beriman
yang hanya ingin mendapatkan redha-MU ya ALLAH...
islahmujahidin@gmail.com

No comments: