Friday, July 17, 2009

Hmm..Ape la nak jadi

Buat sahabat, teman dan para pembaca sekalian...

Alhamdulillah wa Syukurillah kita akhirnya dapat bertemu lagi pada kali ini,

Semoga dengan post kali ini dapatlah menjadi iktibar buat sahabat2 semua...

Jadi pada entry kali ini saya akan mulakan dengan sepotong ayat drpada Quranul karim yg sempat saya terbaca pada petang tadi...

Maksudnya :-

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya jika mereka mengetahui (Al-ankabut-ayat 64)

Alhamdulillah,

dengan ayat ini semangat untuk study kembali semula,

kadang2 memang rasa macam nak muntah juga baca buku medic ni,

macam kene makan buku baru boleh dapat A kot...

Hmm, tp xpelah, semoga dengan belajar fardhu kifayah ini, ALLAH sentiasa memberkati dan menambahkan lagi pahala yg x berapa nak ada ni...

Jadi, mari kita kembali kepada topik yg lebih penting, bukan study tetapi amalan seharian kita..Apakah benar amalan kita yang kita jalani ini benar2 mendapat Redha dari ALLAH s.w.t

Apakah benar amalan seharian kita mampu membawa kita ke syurga kelak ?

Baru sahaja tadi terbaca status seorang sahabat di Yahoo Mesengger, teringat kembali bahawa hidup kita hanya sementara, kehidupan yang kekal di sana, diakhirat, syurga atau neraka, mana satukah pilihan kita?

..........................................................................................................................................................................

Sudah 2 minggu jugalah kiranya dalam minggu exam ni, Penat jugak, setiap hari kene makan buku dari pagi sampailah lewat malam. Kadang2 maktabaah amal pun terganggu, hmm sedih betul.

Lagi satu yg sedihnya, dah berapa hari jugalah melepas subuh di masjid. Bukan sebab tak bangun, tp sebab bawab x bukak gate. geram jugak la rasanya. Pastu try la minta dia nak duplicate kunci gate. Speaking punya speaking, dia pun kata "masyi2..baba ha giblak fil lail". Saya pun menhulurkan 5 genih dengan berkata "hud, el ba3i"...Amboi, bukan main gembira lagi dan terus r naik ke rumah.

Gembira rasanya bila memikirkan lepas ni xde la jadi "seperti" orang munafik lagi yg sengaja meninggalkan solat subuh berjemaah di masjid. - (Lihat sirah Rasulullah dengan seorang sahabat yg tidak mengerjakan solat subuh berjemaah....)

dalam 30 minit kemudian, loceng rumah pun ditekan. "ting tong", yeah kunci dah sampai, kata dalam hati. Tengok2 yg dia kasi bukan kunci yg dah duplicate, yg dia kasi= kunci mangga

adeesss fail...

xpe r, malam ni tido asrama mudah-mudahan boleh jemaah subuh kat masjid, dan dijauhkan dari sifat munafik.

wallahu a'lam

* Orang munafik balasannya Neraka Jahannam=Neraka paling teruk , Na3uzubillahi min zalik .. semoga kita x termasuk dalam golongan itu..

3 comments:

pLusNmiNus said...

syukran..peringatan yg b'manfaat..

rabbana yusahhil..
semoga sgla urusan dipermudahkan-Nya..
insyaAllah..~

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

fazakkir, inna zikra tanfa'u lilmukminin...

syukran

islahmujahidin said...

to Plus MInUS :
afwan..amin ya rabb

to anas :
yup,
balligh walau ayah