Thursday, August 6, 2009

Nilai seorang guru..



Hari ini masuk hari ketiga saya ditugaskan sebagai guru ganti di sekolah ayah bagi menggantikan seorang guru yang sedang bersalin...

letih, tension, rasa nak tergelak dan sebagainya sentiasa bermain2 dikepala melihatkan gelagat budak2...haha, samala macam kita kecik2 dulu

kadang2 2 rasa tension macam nak berhenti terus je walaupun baru masuk hari ke tiga berkerja
"cikgu, tgk dia, dia main nama bapak saye", hmm sebagai cikgu berfikir-fikir jugak, nak gelak ke nak serious(walaupun saya ni seorang yg mudah untuk gelak, tp dalam ketika ni kene belakon jd serious...susah gak tu)

mcm2 lg la gelagat yg boleh memcahkan kepala
"Betul ke si dotdot x nak kawan ngan awak, saya mcm x percaya la" membaca surat berantai seorang pelajar...adoi ai mcm mana ni..
kat skola ni saya seorang je yg paling muda, so nak cari teman utk gelak sama2 pun x boleh..kecewa







hmm...
mula daripada hari pertama
- baru tahu minggu ni giliran cikgu yg saya ganti itu bertugas
- bergegas ke tempat perhimpunan
- xtau nak bwat apa, hanya cekak pinggang @tangan masuk poket (xtau nak bwat gaya apa, akhirnya kene tegur ngan ayah)
- nasib baik ade lg 2 org cikgu tolong
- "Perhatian"...balas mereka "cemerlang"... (ha, pape la korang...cemerlang betul2 tau)
- cikgu 2 pun cerita kat saya "tgk la murid2 camni, ramai cikgu jd gila..." , hmm...ya ALLAH aku minta dijauhkan dr menjadi gila...amin
- Diperkenalkan "haa, ni cigu baru, cikgu syahmi , kalau ada apa2 mslh boleh jumpa cikgu syahmi"...dah sudah, cikgu syahmi la pulak..buat tersedak je panggil cikgu2 ni
- Masuk ke kelas, ada la macam2 gelaran (rahsia) kpd "cikgu syahmi ni"..apa2 la asalkan korang bahagia
- masuk kelas pertama- bagus (dengar kata), masuk kelas hujung - masyaALLAH (tengah exam pun bole berjoget2, mcm mana la nak survive dlm 2 bln ni [berfikir] )

Hari kedua
-Hari ni kokurikulum
-kene datang awal kul 10.00
-so, ade la bdk sesi pg skali termasuk pendidikan istimewa
- Tiba2 ternampak dua orang cikgu berlari, keluar kelas, seraya berkata "berpecah"-salah seorang cikgu
- Jd saya pun wonder apa yg terjadi, so saya pun tengok2kn...rupa2nya ada seorang bdk (down syndrome kalau x silap) lari keluar kelas..
-Aiwah, jd hero hari 2, bdk i2 dapat saya jumpa menyorok dlm sebuah kereta yg cikgu x kunci (bijak juga budak ni), nasib baik sempat saya buka kerta i2 sebelum sempat die menguncinya...
-pastu, hari seperti biasa "menjaga exam"(xde la biasa mana pun)

Hari ketiga
-Hari ni bangun lewat sikit, mlm td tanda kertas exam sampai kul 1 mlm (letih woo)
-Adeh, esok kene start wat ringkasan, kedatangan murid kene hantar
-Banyak jugak ayah betulkan yg silap2 masa duk jaga kelas 2, mcm2 la..(adeh, susah gak jd cikgu ni)
-Buat kuiz kat kelas pandai (amboi bukan main seronok lg mereka)
-hari ni paling mencabar kot 4masa terakhir kat kelas hujung..."Ya ALLAH tabahkanlah hambamu ini"
-Cuma apa yg saya nampak budak2 kelas hujung ni cuma xde motivasi, mengapa mesti belajar?i2 je kot mslhnye.
-kesian gak , suruh senyap , mmg la diorang senyap, pastu diorang dah xtau nak watpe...tau la diorang hyperactive

* Kesimpulan,
- Apa yg kita rancang i2 mungkin kita rasa terbaik, tetapi perancangan ALLAH lebih cantik
- Sape nak ajak kluar atau pape masa weekdays "i'm sorry" sbb kene kerja la syeikh
- Erti seorang guru 2 baru kita tau bila kita jd cikgu
- Cikgu yg sy pernah blaja dgn mereka pun bertugas ditempat yg sama "Haa, ni anak murid saya dulu ni, syahmi, dah nak jd doktor dah rupanya, mesir lg 2, untung cikgu rahman, dua ananya jd doktor"..sambil senyum2 kambing dan mendiamkan diri , blur xtau nak watpe bila org cakap cam2
-Hmm, rancangan ke shahputra pun xtau la boleh jd ke x, amat berharap utk jd, walaupun xleh support bnyk, tp insyaALLAH saya akan bantu apa yg termampu
-Doakanlah saya dapat menjadi cikgu yg baik dalam tempoh 2bln ni (walaupun saya mmg xde bakat menjadi seorang guru) , kerana niat saya yg utama ketika ditawar jawatan ini bukanlah cikgu, tetapi menjadi seorang "murabbi = pendidik" yg sedikit sebnyk insyaALLAH dapat membina ansarullah untuk zaman hadapan...

sekian sahaja

1 comment:

Abu Ammar said...

salam syahmi

wah..jadi cikgu dah..hehe
ikhlaskan niat..

seronok btul
enjoy ur time