Thursday, July 15, 2010

Isra' wal Mi3raj ( Part II )

Namun begitu pemergiaan ke Taif
tidak membawa tangan kosong sahaja
dengan keIslaman seorang Nasrani yg bernama Addas dan sekumpulan jin..

Walaupun dengan hanya Bacaan bismillah
sebelum menyuap makanan
ianya telah menarik perhatian Addas (seorang pekerja ladang tamar)
dan Akhirnya memeluk agama Islam..

Setelah itu Rasulullah s.a.w. pulang ke Makkah..

Selang beberapa ketika, tibalah masanya Isra' Mi3raj..
seperti yg tercatat pada post sebelum ini...
Isra' mi3raj mingikut riwayat yg paling kuat adalah 27 Rejab
Yang baru lepas beberapa hari yg lalu (maaf x sempat nak tulis , ade exam = ) )

Saya ringkaskan..
perjalanan yg sepatutnya memakan masa berbulan-bulan
disingkatkan menjadi satu malam sahaja
dengan kuasa dari Allah s.w.t. dengan bantuan buraq
dari Masjidil Haram dan Masjidil Haram...

Di sana Rasulullah s.a.w. Menjadi Imam kepada nabi2 sebelumnya.
Dan dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa Pimpinan telah diserahkan kepada Ummat Islam
untuk menaungi dunia melebihi ummat2 lain...

Dan juga tanda Masjidil Aqsa adalah haq buat Ummat Islam..
walaupun pada masa itu belum lagi ditawan..
( Baitul maqdis jatuh ke tangan ummat Islam pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a )

Seterusnya peristiwa Mi3raj
dimana Rasulullah s.a.w. bertemu dengan beberapa orang nabi dilangit
seterusnya bertemu dengan ALLAH s.w.t. dan menerima wahyu mewajibkan solat..

Dan kerana cinta kepada Ummatnya Rasulullah s.a.w.
sanggup bertemu dengan ALLAH s.w.t. beberapa kali
untuk meminta kurang jumlah solat yg diwajibkan kepada Ummat Islam..
walaupun kita sendiri mengetahui bahawa "wa ma khalaktul jinna wal insan, illa liya'buduun"
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah..."

Dan inilah juga membuktikan bahawa betapa pentingnya/seriousnya perintah solat itu
sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri dipanggil ke langit untuk menerima perintah...

Disana rasulullah s.a.w juga diperlihatkan dengan beberapa balasan yg mengerikan..
seperti sekumpulan manusia yg menghempaskan kepalanya ke batu sehingga pecah
kemudian bercantum semula
dan mereka meneruskan perbuatan itu berulang-ulang kali
- Ini adalah balasan bagi mereka yg suka meninggalkan solat Fardhu dengan sengaja..

Baiklah saya ringkaskan lagi kerana masa yg tidak berapa mengizinkan..

Setibanya di Makkah..
setelah Rasulullah s.a.w menceritakan apa yg terjadi
Musyrikin Mekkah memperbodohkan baginda dan ada yg mengatakan baginda mabuk..
mereka mentertawakan..
dan cuba bertanya soalan2 yg pelik2 sehingga akhirnya dibantu ALLAH s.w.t untuk menjawabnya..

Mereka bertanyakan tentang berapa jumlah tiang yg berada di Masjidil Aqsa
dan dengan kuasa ALLAH baginda dimudahkan untuk menjawabnya...

Dan dalam kisah ini juka Saiydina Abu Bakar mendapat gelaran "As-siddiq- yg membenarkan"..

Secara kesimpulannya..
Perkara Isra' Mi3raj adalah perkara yg sangat luar biasa..
dan Hanya manusia yg benar2 beriman sahaja mampu menerima pada ketika itu..
termasuk juga hari ini...
dan ini jugalah salah satu ujian Iman yg patut kita uji pada diri kita sendiri
apakah kita benar2 percaya atau sekadar dengar2 sahaja..
dan banyak juga pengajaran2 yg x dapat saya tuliskan (minta maaf sgt2..)

Cuma sedikit tambahan...
Setelah terlambat menulis tentang tajuk ini..
sedar tidak sedar kita telah masuk ke-fasa yg baru..
iaitu Syaa'ban...

Dimana banyak lagi kisah2 di dalamnya..
kita boleh ambil semangat yg terdapat dalam bulan ini
dan tidak lupa juga "Untuk berpuasa" jika mampu...

Hadis mafhumnya "Saiydatina Aishah tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. paling bnyk berpuasa melainkan bulan Syaa''ban "
-Jadi marilah kita cuba2 puasa sikit2, untuk mencontohi Rasulullah s.a.w.

Dan bulan Sya'ban juga adalah Rahmat daripada ALLAH s.w.t.
supaya Ummat Islam bersedia untuk tibanya Bulan yg penuh berkat
iaitu Ramadhan..

boleh la kita berjinak2 dengan ibadah2
seperti Qiyamullail dan lebih mendekatkan diri kepda Al-quran...

ini sahajalah setakat ini yg mampu saya ceritakan
doakan supaya masa pada waktu-waktu yg akan datang lebih berkat
supaya saya mampu menulis dengan lebih baik lagi...

sekian sahaja dahulu kali ini

Hamba Allah
-islahmujahidin-

2 comments:

ana_syahid! said...

sama la mcm apa yg ustaz terangkan dlm ceramah israk mikraj hari tu..great!

islahmujahidin said...

syukran wa jazakallah...

Semoga bermanfaat = )