Thursday, November 25, 2010

Dibawah langit MU ...



Kadang2 seringakali aku terfikir ..
Sukar , susah , lemah ..
tidak bersemangat , leka , futur dan tersungkur...
Segala2nya seperti mahu diluahkan
kepada Siapa..

Kerna ku tahu
bahawa Inilah kehidupan...
yang sentiasa diuji dan diuji iman seseorang hamba ...

Sungguh ,
terkadang aku terasa seperti bersendirian
lemah , marah , punah
seperti futur dan mahu terkubur ..
Namun ku tahu bahawa
Itulah sebenarnya kasih sayang daripadaMU...

Aku memohon ya ALLAH
agar bertemu cinta sejati yg abadi
iaitu Cinta kepadaMu dan RasulMu ..
Sungguh ku tahu perjalanan hidup ini tidak mudah ..
aku tahu , dan aku tahu ...

Ya ALLAH,
Dibawah langitmuku bersujud ...
Memuji , memohon dan memuja dengan Asma' MU ..

Sungguh ya ALLAH,
aku memerlukan dan memohon hidayah daripadaMU ya ALLAH..
agar diberikan kekuatan
memikul beban ini ...
sehingga Akhir hayat nanti ....

Yang Lemah
-islahmujahidin-

1 comment:

uNiqUe oRgaNisM said...

saya juga memerlukan kekuatan e2... sMoga Allah berikan kekuatan dan Hidayah kepada kita semua...ameen...