Sunday, February 13, 2011

Penjelasan dan Iktibar Isu Mesir

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ المُلْكِ تُؤْتِي المُلْكَ مَن تَشَاءُ وتَنـزِعُ المُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ
 وتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الخَيْرُ إنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Inilah ayat yg selalu diulang2 kita pada waktu pagi dan petang dalam bacaan maathurat

“Katakanlah (kepada mereka wahai Muhammad) Allahlah yang memiliki kerajaan. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang Dia kehendakki. Dia mencabut kerajaan dari siapa yang Dia kehendakki. Dia memuliakan siapa yang Dia kehendakki. Dia menghinakan siapa yang Dia kehendakki. Pada sisiNya lah kebaikan. Sesungguhnya Engkau (wahai Tuhan) berkuasa atas tiap sesuatu …”

Rakyat pada mulanya tidak berani menentang beliau 
kerana sesiapa yg menentang pasti disumbat kedalam penjara
( Undang-undang darurat selama 30 tahun )

Akhirnya Kerajaan Hosni Mubarak yg berkuasa kira-kira 32 tahun tumbang dan dianya sendiri lari ketakutan ..
Inilah kuasa ALLAH yg kita imani melebihi dari segala apa kuasa yg ada di dunia
US dan ISRAEL sekutu kuat beliau cuma berlepas tangan dengan apa yg terjadi
Dan kemenangan berpihak kepada rakyat walaupun tanpa pentempuran darah
dengan hanya perang saraf dan Psikologi akhirnya Mubarak cabut lari ketakutan ...

" Iza jaa' Nasrullahi wal fath "
- Apabila datang Pertolongan Allah maka berjayalah -

( Ayat yg selalu diulang2 oleh Imam2 masjid semasa Yaumul Ghodob-Hari kemarahan )

Medan Tahrir kini tercatat dalam sejarah
dengan kasatuan yg begitu kuat rakyat Mesir

Pengalaman Ini sememangnya menjadi pukulan yg amat dahsyat didunia kini
dan sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua
bg yg mempunyai mata (walaupun sepet) untuk melihat
bg yg mempunyai telinga (walaupun capang) untuk mendengar
atau bg yg mempunyai hati (walaupun sering jatuh hati) untuk menjiwai
dan yg mempunyai akal untuk berfikir

Sejarah ini telah membuktikan
bahawa dengan satu gelombang yg memukul pada satu arah tujuan 
mampu menjatuhkan sasaran tersebut walau betapa peritnya
walau bertapa peritnya rintangan yg menghalang

Tetapi semua itu memerlukan kesabaran ......

Teringat saya suatu ketika dalam perjalanan menuju ke pasar
beerjumpa dengan kumpulan muzaharat menuju ke Game' Ibrahim
tiba-tiba datang seorang wanita ..
menjerit-jerit , MARAH dengan kumpulan tersebut ..
mungkin sebabnya semakin terhimpit dengan keadaan semasa ...

Ya , benar ...
Mereka ketika ini semakin terhimpit
mata wang jatuh
Harga barang naik
Barang kehabisan stok dan terpaksa berebut untuk itu
Ramai yg x bekerja pada siang hari
waktu malam perlu berjaga, berwaspada dengan musuh 
Dan ramai juga yg terkorban semenjak protes ini berlaku...

Semua ini memerlukan kesabaran , ketabahan dan Pengorbanan....

Bom asap yg disangka bakal menjatuhkan kumpulan2 ini
akhirnya menjadi semangat untuk mereka meneruskan perjuangan
hingga ketitis darah terakhir

Sidang pembaca sekalian,
Cuba ingin menjelaskan , sekiranya ada yg berpendapat kebangkitan ini 
adalah kebangkitan Islam untuk mendirikan Negara Islam,
jawapan saya : Masih belum masanya ...

Saya turun mendengar slogan-slogan mereka
antaranya :

"Sya'b yurid isqatin nizom"
Rakyat mahu jatuhkan kerajaan

"Enta hayemsyi musy ehna hanemsyi'
Kau (Mubarak) yang akan pergi , kami tidak akan pergi

"Yasqud yaskud Hosni Mubarak"
Down down Hosni Mubarak

"Sya'b wa geisy yeid 'ala yeid"
Rakyat dan tentera tangan atas tangan

dan bermacam-macam lg...

Tiada satu pun slogan
seperti
"Lailahaillallah"
"Takbir"
dan sebagainya ...

Slogan2 untuk memastikan kejatuhan pemerintahan Mubarak
terus berkumandang di seluruh Mesir
dan semakin bertambah sehingga 20 Juta Rakyat Mesir
turun untuk protes

Bukanlah menyatakan 100% bukan perjuangan Islamist
tetapi cuma sebahagian dan tidak syumul
dan masih memerlukan masa yg banyak
sebelum daulah Islam berdiri

Kerana saya yakin dengan pendirian ikhwanul Muslimin
bahawa daulah Islam itu akan terdiri dengan sempurnanya
maratib-maratib amal yg digariskan
asy-syahid Imam Hassan Al-Banna

Sidang pembaca yg dikasihi ..

Mari kita lihat dan merenung jauh
satu demi satu pengajaran yg kita pelajari dari peristiwa ini

1. Mempunyai kuasa tanpa pendokong , hanyalah batang pokok yg tanpa akarnya
-akhirnya mampu tumbang bila-bila masa sahaja
* Ini perlulah diambil pengajaran bukan setakat dipimpinan negara sahaja
bahkan di sekolah2 dan universiti2 juga perlu mengambil pengajaran bersama
( Jalan da3wah ini sukar )

2. Bersatu-padu akan menghasilkan satu Gelombang yg akhirnya menjatuhkan sasaran
- Bersatu padu dengan kefahaman fikrah yg jelas dan matlamat yg jelas akhirnya mampu menjatuhkan taghut
- Bersatu-padu bukanlah hanya menyokong dan menjadi ahli sahaja bg mana2 persatuan , Jemaah 
atau NGO mana2 sekalipun ..tetapi perlu mendokong dan Berkorban

3. Memerlukan kesabaran dan Ketabahan yg Tinggi tanpa jemu mengharapkan pertolongan ALLAH
- Dapat dilihat dengan bacaan2 qunut oleh imam2 masjid dengan penuh rasa tawadhuk
- Bersabar dengan ujian sehingga dimenangkan dengan Pertolongan ALLAH s.w.t

4. Memerlukan Pengorbanan yg besar
- Kehilangan kerja , mengorbankan harta yg banyak dsb.. demi mencapai tujuan yg murni
- bukan sahaja harta malah nyawa dan darah sanggup dikorbankan oleh Ummat Mesir
dan kita doakan agar mereka syahid dijalan ALLAH
kerana berkata benar dihadapan pemimpin yg zalim...

* Yg menjadikan lebih menarik dalam peristiwa ini makanan dan rawatan percuma diberikan
malah sekolah sementara bg anak2 yg hadir di Medan Tahrir juga telah dibina
dan saya yaqin ini adalah pengorbanan Ikhwanul Muslimin (mksd bahasa melayu - Saudara Muslim)
 walaupun tnpa menaikkan benderanya
tetapi rakyat sedar kehadiran mereka ... 

5. Yaqin dengan pertolongan ALLAH
- ALLAH pasti memenangkan yg Haq dan mengalahkan yg batil tetapi kita tidak tahu bilakah Pertolongan itu akan sampai ...
" wasta'inu bi sabr wassolah "


walaupun bnyk lg yg mahu saya ungkapkan disini ...
tetapi insyaALLAH
saya akan berhenti disini dahulu
memandangkan beberapa lg tugasan yg belum selesai
dan bnyk lg buku2 yg perlu dikhatamkan cuti ini ...

insyaALLAH saya menerima dan mengalu-alu 
sebarang komen dan penjelasan yg lebih tentang penulisan kali ini...

wallahu a'lam 

Semoga Peristiwa ini menjadi iktibar bg semua
dan Semoga pemerintahan Mesir menjadi Lebih Adil dan Memacu Mesir
ke arah negara yg Lebih bertamadun
dan mampu membantu Saudara2 kita di Palestin


-islahmujahidin-


  

3 comments:

Anonymous said...

NIK

sumpah aku tau kat mana ni.. haha
mansyiah kan2?
hohoh
ada apa2 program inform kat aku aku nak join ni.. tak ada kerja kat rumah skarang

islahmujahidin said...

x..
Game' Ibrahim

Esok UIA jom ...

hasyimi said...

salam

cantik gambar tu... susah dah nak cari kat tmpt n masa lain.. hamba2 yg terpilih je dapat..