Dua tiga hari berlalu ..
Cuba mencari diri yang hilang ..
Masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapapun
biarpun yang ternama mahupun yang hina...
Rasa penat mula bertandang ,
saya bertanya kembali kepada diri sendiri
Apa yg engkau mahu ?
Seperti doktor biasa yang merawat pesakit
begitu juga saya cuba merawat diri ini
satu persatu permasalahan cuba dikaji
history , sign & symptoms , background history
dan semuanya sedaya upaya dicari semata mencari punca ...
Sudah menjadi perkara biasa bagi saya ,
setiap kali berada dalam keadaan kesempitan akal
saya akan kembali membuka buku2 yg berada dalam simpanan
dan pada kali ini buku yg menjadi pilihan ialah
"al-munthalaq" @ titik tolak
Hampir2 sahaja futur (yg bermaksud - rujuk post sebelum ini)
terjumpa saya satu bahagian didalam buku ini yg mengembalikan semula
kepada landasan dan tujuan hidup ini ..
alhamdulillah
Abu Ammar didalam buku ini ada menerangkan bahawa
pendakwah itu (pejuang islam yg sebenar2nya yg benar2 menyayangi agama dan berjuang untuknya ..)
ibarat bintang , bulan , langit dan segala2nya yg berada di alam cekerawala ini dan menjadikan dunia ini lengkap kesemuanya adalah disebabkan mereka ini ...
Terbayang saya sekiranya para sahabat bermalas-malasan (seperti diri saya ini)
mungkin sahaja Islam pupus dimuka bumi ini dan tiada lagi mereka yang menyembah Allah dan berusaha menegakkan keadilan dan dimuka bumi ini ..
maka hilanglah keseimbangan alam ini dan terjadilah kiamat ...
Baru sahaja pulang daripada proses mengubati diri ini,
saya melihat masyarakat sekeliling
di jalan raya , tepian pantai dan pasaraya2 terkemuka
masing sibuk dengan hidup masing2
hidup mereka hanya sibuk mencari wang yg banyak kemudiannya dihabiskan dan dileburkan kesemuanya utk keselesaan dan kesenangan hidup
supaya tilam mereka empuk , perut mereka kenyang dan masa mereka akan sentiasa dipenuhi dengan keseronokan ..
"ya Allah jika Engkau tidak takdirkan aku ke Bumi Mesir ini mungkin akulah sebahagian daripada mereka dan mungkin lebih teruk lagi"
Hampir2 sahaja aku berputus asa melihat masyarakat sekeliling disamping diri yang "terasa lemah"..
Ada yg bertanya ,
"Bagaimana nak dapat spirit seperti saya ?"
atau
"Mengapa saya sibuk memikirkan dan menyibukkan diri utk orang lain?"
Jawapan saya mudah ,
jika mereka yg sebelum saya tidak bersusah-susah , tidak bermati-matian atau tidak menghabiskan kebanyakan masa mereka kerana saya , mungkin saya bukanlah diri saya sekarang ..
"Manusia yg jauh hina yg kini diselamatkan oleh Islam ..masyaAllah walhamdulillah nikmat yg x mungkin dapat dirasai oleh orang lain ..."
Semoga Allah terus mengekalkan diri ini
utk terus thabat dijalan ini ..
Inilah jalan yg menyelamatkan diri ini dan manusia lain daripada api neraka Allah
~Inilah jalanku~
-Islahmujahidin-
Hidup ini sentiasa mencari-cari, semoga bertemu dengan pencarianmu itu...
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Tuesday, August 16, 2011
Monday, August 15, 2011
Futur : Segera bangkit atau gugur
dipetik daripada : http://zainurrashid.com
Memang biasanya aku ligat tetapi sekarang ini aku tengah down lah. Kau teruskanlah apa yang kau rasa baik untuk persatuan kita.
Kes B
Masa belajar di luar negara dulu memang saya aktif dan sentiasa bersemangat. Keadaan sekarang berbeza. Saya ada tanggung-jawab yang terlalu banyak yang mesti ditunaikan. Kerjaya saya sangat sangat demanding dan amat mencabar. Tuan doakanlah untuk saya.
Kes C
Dialah dulunya yang mendidik saya agar jadi orang baik dan berguna kepada masyarakat. Namun kini dia tidak seperti dulu, bahkan lebih teruk apabila dia pula yang menentang apa yang perjuangkannya sebelum ini.
Futur
Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.
Kenapa futur bahaya?
Walaupun futur adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestikan diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
1. Cuai kepada tanggung-jawabnya.Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas di dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.
2. Gugur dari jalan kebaikan.Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya. Apabila dia gugur dari jalan kebaikan , maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.
3. Mati di dalam keadaan yang futur.Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah swt mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah swt menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab irulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas. (Hadith riwayat Abu Daud)
Kenapa boleh futur ?
1-Terlebih di dalam pergaulan. Rasulullah s.a.w menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud;
“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.” (Hadith riwayat Abu Daud)
2-Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan. Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan. Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.
Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
3-Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus. Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau berFB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk ‘terbang’ di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.
4- Suka bersendirian.
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjamaah dan bermasyarakat.
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjamaah dan bermasyarakat.
5-Kurang mengingati mati.
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan syurga, takutkan dosa dan siksa neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al Quran, solat subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang akan mengingatkan kita kepada akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan syurga, takutkan dosa dan siksa neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al Quran, solat subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang akan mengingatkan kita kepada akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.
6-Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa.
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.
7-Hati yang berpenyakit Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.
8-Permasalahan dalaman organisasi Bermacam-macam faktor yang boleh menyebabkan konfliks internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.
9-Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya.
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka diai boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah swt dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka diai boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah swt dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.
Mari kita renungi bersama maksud sabdaan Rasulullah saw ini :
Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni neraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli neraka menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghunisyurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya. [Hadith riwayat Bukhari]
Syakhsiah diadun berdikit-dikit, Tanpa gopoh dan tanpa kendur, Andainya futur segera bangkit, Usah dibiarkan bersembah gugur.
Salam perjuangan….
Thursday, August 11, 2011
Ujian dan Sabar
Kagum saya akan orang yg benar2 diuji dan mampu bersabar ..
(akhirnya bila kita rasa teruji , sebenarnya lebih ramai lagi teruji jauh lebih hebat dari kita)
~ Bersyukurlah ~
Satu kata2 murabbi yg insyaAllah akan saya pegang hingga ke akhirnya
"Zuhud"
Ya Zuhud , Peganglah semua dalam kehidupan ini dengan tangan dan bukan dengan hati ...
"Sekiranya kita kehilangan apa2 yang berada ditangan kita , nescaya kita tidak bersedih hati .."
3 Benda yg saya diuji dengan kehilangan yg besar pada tahun ini berturut2
- Kehilangan anak buah yg pertama - pergi menghadap Allah lebih dahulu daripada pakciknya
- Hilang peluang ke Umrah dan Ziarah Rasulullah pada tahun ini kira2 dua hari sebelum bertolak kesana mendapat berita visa ditolak ..
- .........(satu lg)
Saya berfikir kembali ,
Mungkin semuanya disebabkan dosa-dosa yang saya sendiri lakukan dan Allah mahu menghapuskan dosa2ku..
Atau Allah mahu mendidik saya untuk merasakan hanya Dialah yg kekal
Ya, Allah ampunkanlah dosaku ...
Aku mahu menjadi seorang yg baru ...
Agar Engkau Redha diriku ini ...
Selamat menempuh Ramadhan dengan penuh Sabar =)
Ramadhan Kareem ...
-Islahmujahidin-
Thursday, July 28, 2011
Kering
( Kering kontang )
Teringat akan satu kata-kata daripada teman seperjuangan ..
"Apabila kita banyak bekerja, hati kita semakin lama akan menjadi kering , jadi kita perlu akan tazkirah dan peringatan bersama untuk membasahkan hati kita ..."
Bulan peperiksaan baru sahaja berakhir ,
namun masih lagi ada sahabat yg masih meneruskan perjuangan mereka
untuk membulatkan jawapan dan memenuhkan kertas jawapan
Semoga mereka diberi kekuatan oleh ALLAH s.w.t.
Kehidupan seharian semasa musim peperiksaan biasanya kurang terurus ,
bangun sahaja buku , bila makan teringat buku , bila tension teringat buku ..
dipermudahkan cerita , semua fikiran tertumpu kepada satu nama iaitu "BUKU"
ya , manusia benar2 menjadi hamba kepada buku pada ketika ini ...
Masa yg lama berlalu sungguh membuatkan saya sendiri menjadi kering
bukan sahaja badan , fikiran dan hati juga mula kering
Buku ditelaah sampai lewat malam ,
sehingga sukar utk bangun malam ...
Disaat ini saya mula menghargai segala jenis tarbiyyah
dan saya juga berfikir bagaimana pula dengan mereka-mereka yg masih bertemu dengan tarbiyyah
sudah pasti bertahun2 mereka kering
Semoga suatu hari nanti kita semua dapat memberikan hak-hak ini kepada mereka
Mari sama2 kita mulakan hidup baru menempuh hidup yang baru ,
menempuh Ramadan yg mulia
sehingga tiada lagi penyesalan selepasnya
ya , mari mengejar Redha Allah yg bersamanya ketenangan yg hakiki ~
Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." - ( Surah al-mulk : ayat 30 )
Hanyalah Allah yg mampu membasahkan (menghidupkan hati kita semula)
marilah bersama2 berdoa padaNYA di bulan yg penuh berkat ini (Ramadhan)
Islahmujahidin
28 jul 2011
"Apabila kita banyak bekerja, hati kita semakin lama akan menjadi kering , jadi kita perlu akan tazkirah dan peringatan bersama untuk membasahkan hati kita ..."
Bulan peperiksaan baru sahaja berakhir ,
namun masih lagi ada sahabat yg masih meneruskan perjuangan mereka
untuk membulatkan jawapan dan memenuhkan kertas jawapan
Semoga mereka diberi kekuatan oleh ALLAH s.w.t.
Kehidupan seharian semasa musim peperiksaan biasanya kurang terurus ,
bangun sahaja buku , bila makan teringat buku , bila tension teringat buku ..
dipermudahkan cerita , semua fikiran tertumpu kepada satu nama iaitu "BUKU"
ya , manusia benar2 menjadi hamba kepada buku pada ketika ini ...
Masa yg lama berlalu sungguh membuatkan saya sendiri menjadi kering
bukan sahaja badan , fikiran dan hati juga mula kering
Buku ditelaah sampai lewat malam ,
sehingga sukar utk bangun malam ...
Disaat ini saya mula menghargai segala jenis tarbiyyah
dan saya juga berfikir bagaimana pula dengan mereka-mereka yg masih bertemu dengan tarbiyyah
sudah pasti bertahun2 mereka kering
Semoga suatu hari nanti kita semua dapat memberikan hak-hak ini kepada mereka
Mari sama2 kita mulakan hidup baru menempuh hidup yang baru ,
menempuh Ramadan yg mulia
sehingga tiada lagi penyesalan selepasnya
ya , mari mengejar Redha Allah yg bersamanya ketenangan yg hakiki ~
Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." - ( Surah al-mulk : ayat 30 )
Hanyalah Allah yg mampu membasahkan (menghidupkan hati kita semula)
marilah bersama2 berdoa padaNYA di bulan yg penuh berkat ini (Ramadhan)
Islahmujahidin
28 jul 2011
Saturday, July 23, 2011
Transisi Syaaban-Ramadhan
"Ramadhan yang baik , bermula dari syabaan yg baik"
Bismillahirrahminirrahim ...
9 days more ...Bulan Syaaban semakin hampir menutup tirainya maka akan datang hampirlah bertamu Ramdhan yg mulia,
Ramadhan ,
Bulan yang ditunggu-tunggu para pencinta kebaikan ,
Bulan yang ditunggu-tunggu pemohon keampunan,
Bulan yang ditunggu-tunggu Ummat Islam ...
Semakin berlabuhnya tirai Syaa'ban memberi erti kepada kita bahawa semakin kurangnya masa persediaan untuk kita,
seperti peperiksaan , faktor persediaan lah yang akan menjadi penentu sama ada lulus/gagalnya seseorang itu , tahap capaian keputusan dan kesediaannya mengharungi 'fatrah' seterusnya ...
Mari kita renung kembali ..tentang apakah keistimewaan Ramadhan itu ?
(يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون)
" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA "
" Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.." ( Ad-Dukhan-3 )
Dan berbagai2 lagi ayat-ayat al-quran yg menunjukkan keistimewaan Ramadhan yang didalamnya penuh dengan ajakan2 kebaikan supaya akhirnya ummat Islam mampu menaikkan darjatnya disisi Allah , "Menuju TaQwa"
Iaitu , golongan Manusia yg tertinggi darjatnya disisi Allah yg sentiasa dipuji dan dijamin kesejahteraannya di AKhirat kelak ...
Proses menuju Ramdhan bukanlah selicin yg kita selalu fikirkan ..
Bulan dimana Allah membukakan pintu Rahmat dan syurga seluas-luasnya, Neraka ditutup seketatnya, dan Syaitan dibelenggu supaya tidak mengganggu manusia ..
Proses ini sungguh difahami Syaitan dengan berhati-hati dan penuh kesungguhan supaya anak Adam a.s tidak layak ke syurga sekalipun pintunnya sudah dibuka seluas-luasnya ..Ingatlah "Sesungguhnya Syaitan itu musuh yg nyata bagi Kamu"
dan ada diantara ayat al-Quran Allah menceritakan bagaimana peranan Syaitan utk mengeluarkan NabiAdam a.s dan Hawa daripada Syurga yg penuh dengan Redha dan berkat...
Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." ( al-Baqarah -36 )
Demikianlah sebenarnya kesusahan yang bakal kita tempuhi sebelum menuju Ramadhan "Syahru Rahmah"
Sedikit perkongsian moga-moga Ramadhan ini merupakan Ramadhan yg terbaik untuk kita ...
1) Ramadhan yang baik bermula dengan persediaan yang baik , dan sempurna ..Sesungguhnya Syaitan akan mendidik sahabat karibnya , Nafsu yang sering menjadi teman rapatnya melakukan larangan Allah ..
2) Tingkatkan amalan harian (seperti bacaan al-QUran , mathuraat, bersedeqah...) sebelum masuk kebulan Ramadhan kerana persediaan yang baiklah yang akan memastikan "persembahan yg baik"utk Ramadhan ..
3) Tingkatkan amalan , secara berperingkat-peringkat tetapi secara berterusan . "sesungguhnya Allah mencintai amalan yg dilakukan secra berterusan" dan bukannya amalan yg banyak tetapi ditinggalkan ..
4) Banyakkan menyucikan diri , bertaubat memohon keampunan daripada ALLAH s.w.t moga2 maksiat2 yg kita telah lakukan tidak menjadi penghalang Rahmat Ramadhan ...
Syaaban ...
1) Merupakan bulan persediaan dan merupakan mehnah yg kritikal kerana Syaitan melakukan kerja keras didalam bulan ini . Mari kita 'Check' bersama2 , dalam bulan Ramadhan ini , perasaan menjadi cepat marah , perasaan mencintai Allah sedikit-sedikit dikikis dengan cinta kepada manusia, amalan harian semakin berkurang disebabkan sibuk dengan aktiviti seharian, semakin banyak perselisihan berlaku sesama manusia (semuanya berdasarkan pemerhatian seharian , pandangan penulis dsb )..
Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua" (Surah al-a'raaf -21)
2) Amalan2 sunat smudah ditinggalkan tanpa ada perasaan rugi . Seperti Solat Berjemaah , bacaan zikir pagi dan petang, Iktikaf di Masjid, bangun solat malam , lewat tidur sehingga mengabaikan Solat subuh yg berkualiti ...mungkin semuanya beralasankan alasan peperiksaan yg menekan .
3) Semakin dekat dengan perkara2 yg kurang memberi manfaat seperti menonton movie secara berlebihan, video game yg berlebihan melebihi masa rehat yang sepatutnya , berlebihan tidur ....
4) Kurang bermuhasabah diri , dan cepat marah apabila ditegur ....
5) dan Semua perkara negatif yg boleh kita dapati selepas bermuhasabah diri ....
Sedikit coretan
Ilmu untuk dikongsi ....
1) Ayuhlah sama2 kita mengejar Ramadhan kali ini dengan bersungguh2 , moga2 Ramadhan kali ini tidak berlalu begitu sahaja , kerana boleh jadi Ramadhan ini adalah terakhir buat kita...
2) Carilah ruang amalan sunnat yg diganda2 pahalanya dibulan penuh berkah ini , seperti membaca al-Quran ketika mana lapang , solat berjemaah di masjid + iktikaf , Solat malam , Umrah dsb ... ( berlatih bersungguh2 sebelum tibanya Ramadhan )
3) Sentiasa beristighfar dan memperbaharui niat dalam membuat sesuatu amalan , sama ada ianya keci mahupun besar ...
4) Sentiasa berpesan2 kepada diri sendiri dan rakan2 tentang kelebihan Ramadhan dan mengapa perlu kita bersungguh2 mendapatkannya ...
dan akhir sekali ...
terdapat petikan daripada kitab Mukhtasar Minhajul Qaasideen mengenai puasa ...
Berpuasa itu ada 3 Tahap :-
iaitu Puasa umum, Puasa khusus dan Puasa Khusus-yg khusus
Puasa umum - iaitu menahan lapar , dahaga dan kemaluan drpd perkara yg membatalkan puasa
Puasa Khusus - iaitulah menahan penglihatan, percakapan , tangan , pendengaran dan anggota badan daripada maksiat...
Puasa khusus-yg khusus - iaitulah menahan hati daripada melihat kepada segala kepentingan dunia , sentiasa berfikir sebagai seorang ibad tentang Allah s.w.t. .....
Semoga Bertemu kita akan Ramadhan dalam keadaan bersedia , dan sudah terbebas daripada dosa-dosa kecil dan besar yg mampu menghalang kita daripada menerima Rahmat daripada Allah s.w.t.
AYUH tempuhi Thaurah Ramadhan tahun ini ...
Sahabatmu
Islahmujahidin
http://www.islahmujahidin.blogspot.com/
Thursday, July 14, 2011
Belajar Menulis
( Menulislah dengan hati )
Semenjak dibangku sekolah lagi
membaca tulisan-tulisan yang menghidupkan hati
adalah hobi dan minat saya yg mendalam ...
Mencari erti kehidupan
adalah perkara yang sering memberatkan fikiran saya
Kerap sahaja "Stress" apabila memikirkannya
kadangkala juga "mual" saya dibuatnya
apabila melihat ramai manusia hebat yg tampil kehadapan
tetapi dibelakang dia hanya seorang yg kosong
tanpa jiwa
yang ada rasa cinta kepadaNYA
Inilah yg saya rasai
Sebelum benar-benar saya rasai nikmat Islam
yang saya anuti semenjak lahir ini
sebelum adanya rasa cinta
untuk berjuang bersama-sama
menegakkan semula Islam ketempatnya ...
Satu kelemahan ..
yang telah saya sedar semenjak sekian lama
yang menyukarkan penyampaian
rasa cinta ini kepada seluruh ummat
adalah
Dengan lemahnya untuk saya menulis
menulis supaya benar2 pembaca memahami
apa yang ingin disampaikan
dan lemahnya bercakap atau berkata-kata
untuk menyampaikan suatu mesej
Yang lebih merisaukan
ialah apabila tulisan saya sendiri
mungkin mampu orang lain membuat andaian yg salah
daripada apa yg ingin saya katakan ..
Mungkin atas perkiraan saya
saya tidak mempunyai kelebihan "Descriptive"
Yang lebih merisaukan
ialah apabila tulisan saya sendiri
mungkin mampu orang lain membuat andaian yg salah
daripada apa yg ingin saya katakan ..
Mungkin atas perkiraan saya
saya tidak mempunyai kelebihan "Descriptive"
tetapi lebih kepada "Logic" dan "Elaboration"
Tertumpu kepada suatu fokus
Tertumpu kepada suatu fokus
InsyaAllah , saya bermohon kepada Allah s.w.t.
agar diberikan ilmu2 tersebut insyaAllah
dan saya akan berusaha menampung kelemahan ini..
Semoga kata-kata ini menjadi doa
yang akan diperkenankan
oleh Allah s.w.t
- islahmujahidin -
Tuesday, June 28, 2011
Apa pentingnya Israk dan Mikraj ?
Apa istimewanya 27hb Rajab ini?
Detik ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam yang disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya bertepatan dengan 28 Jun 2011, Selasa malam Rabu).Firman Allah SWT bermaksud: “Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk ayat 1).
- Israk: Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin.
- Mikraj: Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.
Apakah peristiwa penting yang berlaku sebelum Israk Mikraj ini?
1- Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas Rasulullah saw diuji dengan kematian dua orang yang sangat dikasihi yang telah banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.
2- Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah apabila berlakunya penolakan dakwah oleh penduduk Taif.
Nabi telah ‘dihiburkan’ oleh Allah swt dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga Berjaya membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.
Kenapa Israk Mikraj dikatakan sebagai ujian keimanan?
Peristiwa Israk Mikraj ini telah menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Rasulullah s.a.w.
Orang kafir pada ketika itu telah menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi.
Umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat
1- Ada yang terus membenarkan Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq
2- Ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut
3- Ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam.
Ini berlaku semata-mata kerana peristiwa ini sangat menongkah arus akal manusia. Inilah juga gambaran yang akan berlaku apabila umat yang keliru akan meletakkan akal sebagai sumber rujukan hidup yang mengatasi sumber al-Quran dan Sunnah.Apakah pengajaran pertemuan Rasulullah bersama para Anbiya di langit sebelum menjadi Imam kepada semua mereka di Masjid al-Aqsa?
(Di sinilah tempat yang bersejarah apabila Rasulullah telah dipilih untuk menjadi Imam kepada semua para nabi yang terdahulu)Perjalanan itu adalah perjalanan yang menghubungkan akidah tauhid yang besar sejak Nabi Adam, Ibrahim, Nabi Ismail, Musa, Isa dan lain-lain sehingga kepada Rasulullah saw yang merupakan penghulu dan penyempurna kepada risalah kenabian.
Dr Yusuf a-Qardawi juga telah menyatakan bahawa peristiwa ini merupakan detik pengisytiharan umum tentang perubahan kepimpinan dunia daripada para anbiya sebelumnya kepada Rasulullah saw.
Peristiwa ini telah menolak hujah sebahagian manusia yang mengatakan bahawa Isa a.s adalah pengasas agama kristian dan juga di kalangan orang Yahudi yang mendakwa bahawa Musa adalah nabi yang paling mulia.
Sebagai umat Islam kita mesti menginsafi bahawa sifat Islam adalah memimpin dan bukan sekadar berpuas-hati dengan ‘demokrasi’ dan ‘humanism barat’ serta dengan apa yang berlaku di dunia global pada ketika ini.Kenapa mesti dibawa ke Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis dahulu dan tidak terus dari Masjid al-Haram ke Sidratul Muntaha?
Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam.
Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam.1- Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ianya dipindahkan ke Masjid al-Haram di Mekah.
2- Masjid al-Aqsa adalah masjid yang ke 2 dibangunkan di mukabumi
3- Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke 3 suci di dalam aqidah umat Islam
4- Al-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dengan sifatnya yang bermaksud: “Yang Sudah Kami Berkati Sekelilingnya” yang menggambarkan keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.
Masjid al-Aqsa juga adalah tempat para anbiya dilahirkan, berdakwah dan dikuburkan sehingga Imam Syafi’e (yang dilahirkan di Gaza) pernah berkata pada suatu ketika dahulu, “Saya sangat suka beriktikaf di Masjid al-Aqsa ini lebih daripada mana-mana sekalipun.” Ketika ditanyakan alasannya, beliau menjawab, “Di sinilah tempat berkumpul dan dikuburkannya para Nabi.”
Apakah hubungan Israk Mikraj dan pembebasan Masjid al-Aqsa oleh Solahuddin al-Ayyubi?
Al-Aqsa adalah milik umat Islam secara keseluruhannya. Ianya bukan sekadar isu bangsa Palestin atau bangsa Arab semata-mata. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kita untuk menyumbang terhadap apa jua cara dan usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh Yahudi dan Zionis pada ketika ini.
Solahuddin adalah bukti dan saksi bahawa isu perdana ini adalah milik dan tanggung-jawab kita bersama. Beliau telah menghabiskan keseluruhan hayatnya berkorbat dan berkeringat sehingga pembebasan al Aqsa daripada Salib menjadi kenyataan.Mari kita lihat kembali kisah pembebasan Baitul Maqdis oleh Solahuddin al-Ayyubi ke atas tentera Salib :
Pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah yang bertepatan hari Israk dan Mikraj, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memasuki kota Baitul Maqdis. Ibn Shaddad menulis: “Itulah kejayaan bagi segala kejayaan. Satu perhimpunan besar yang terdiri daripada para pembesar, ahli peniaga, alim ulama dan orang ramai berhimpun pada saat yang mengembirakan itu. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Sultan Solahuddin dan teriakan ‘Allahu Akbar’ serta kalimah ‘La Ilahaillallah’ bergema gagah di angkasa.
Setelah 90 tahun berlalu tanpa Jumaat sepanjang pemerintahan kristian Salib, sembahyang Jumaat sekali lagi didirikan di Baitul Maqdis. Salib yang berkerlipan di atas kubah Masjid al-Aqsa diruntuhkan. Sesungguhnya suasana ketika itu sukar dibayangkan, tetapi rahmat dan pertolongan Allah SWT dapat disaksikan di setiap tempat pada hari berkenaan. Mimbar istimewa yang yang dibina di bawah arahan Nuruddin al-Zanki, 20 tahun sebelum pembebasan Baitul Maqdis telah dibawa dari Halab, Syria dan didirikan di dalam Masjid al-Aqsa.”Isra Mikraj mengajar kita untuk sama terlibat bagi membebaskan al-Aqsa, Apakah tindakal praktikal yang boleh kita buat?
Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah
1- Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid al-Aqsa dalam aqidah umat Islam.
2- Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin.
3- Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid al-Aqsa kepada masyarakat dengan apa jua cara.4- Anjurkan program yang berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Israk Mikraj ataupun pada Hari al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos nanti di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain.
6- Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian al-Aqsa.
7- Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
8- Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.
9- Melonjakkan isu ini ke persada nasional dan antarabangsa kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
10- Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpelihara.
Insafi pengajaran Israk Mijraj dan libatkan diri anda dalam usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin.
Semoga al Aqsa dan Palestin terbela
Artikel dipetik dari http://zainurrashid.com/?p=572
Dr Z
Subscribe to:
Comments (Atom)












